SU Agung Umno sahkan Tengku Zafrul ahli Umno sebelum jadi menteri lagi

Oleh MHDAILY

SU Agung Umno sahkan Tengku Zafrul ahli Umno sebelum jadi menteri lagi. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah ahli UMNO sebelum beliau menjawat jawatan menteri.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

“Ya, saya mengesahkan yang Zafrul adalah ahli UMNO, bukan benda baharu. Dia dah jadi ahli UMNO sejak dulu lagi, sejak belum jadi menteri lagi,” katanya.
Namun Ahmad tidak mengetahui lokasi kawasan Parlimen Tengku Zafrul menjadi ahli UMNO.

Bagaimanapun, me­nurut Ahmad, salah seorang keluarga Tengku Zafrul merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai.

Zafrul adalah seorang ahli Dewan Negara yang pada mulanya dilantik sebagai Menteri Kewa­ngan sewaktu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020.

Perkhidmatan beliau diteruskan sehingga hari ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Men­teri ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SU Agung Umno sahkan Tengku Zafrul ahli Umno sebelum jadi menteri lagi

SU Agung Umno sahkan Tengku Zafrul ahli Umno sebelum jadi menteri lagi

Bagi meneruskan kariernya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Zafrul dikhabarkan ingin mencari tapak untuk mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi calon di mana-mana kawasan Parlimen, terma­suk di Lembah Pantai.

Membuktikan perkara itu, Zafrul pada 11 Julai tahun lalu dilihat di sebuah masjid di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur untuk mengagihkan bantuan.

Bagaimanapun, ke­gia­tan menteri kewangan itu baru-baru ini ‘dihidu’ turun di Kuala Selangor yang didakwa sebagai mengintai peluang untuk bertanding pada PRU15.

Baru-baru ini Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, sanggup ‘mengorbankan’ dirinya untuk memberi laluan kepada individu lain bertanding di kawasan parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

BACA:

Ustaz Kazim buang make-up ‘live’ di Meletop nak tunjuk muka sebenar

Semak kelayakan bantuan khas BISTARI Rm100 anda sekarang

Leave a Comment