SU Agung FAM undur diri, ‘apa dah jadi?’. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya di badan induk bola sepak negara itu.
Surat peletakan jawatan beliau telah dikemukakan pada minggu lepas.
Keputusan itu dibuat atas faktor keinginan untuk kembali menyambung kerjaya di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, Mohd Saifuddin enggan mendedahkan hala tujunya selepas ini dan satu mesyuarat tergempar dijadual berlangsung di FAM hari ini bagi membincangkan keputusan pengundurannya.
Bekas Perunding Teknikal Liga Profesional Oman itu yang dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada penghujung Ogos tahun lepas turut menafikan laporan media tempatan bahawa beliau bakal ‘direhatkan’.
“Tiada gesaan (letak jawatan) atau apa-apa, saya (juga) gembira bekerja di FAM. Saya rasa saya tak pernah calarkan nama FAM.
“Saya tak ambil dan curi duit FAM atau ambil komisen dan sebagainya,” katanya yang juga bekas Pengurus Pertandingan Liga dan Pelesenan Kebangsaan di Oman.
Mohd Saifuddin yang juga komisioner perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkata, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin adalah sebab untuk beliau kembali bekerja di FAM.
Beliau menyertai FAM sejak 1993 hingga 2004 sebagai Ketua Jabatan Pertandingan FAM selain pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung pada 2007 hingga 2009.
Pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung FAM itu susulan kekosongan ditinggalkan Stuart Ramalingam yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
BACA:
Peguam Najib beri bukti Tengku Maimun berat sebelah
Zaid Ibrahim mahu SPRM dan AGC dedah hasil siasatan terhadap Hakim Nazlan
Ifa Raziah sekolah netizen, ‘nanti ada Politaik Agama cakap dosa besar pulak!’