Starlink milik Elon Musk bakal masuk Malaysia, guna internet dari satelit

Oleh MHDAILY

Starlink milik Elon Musk bakal masuk Malaysia, guna internet dari satelit. Starlink, syarikat milik Elon Musk memaklumkan bahawa perkhidmatan internet melalui satelit mereka kini tersedia untuk 32 negara seluruh dunia.

Antara negara yang menerimanya ialah Australia, New Zealand, Jerman dan yang lain-lain di benua Eropah, Amerika Utara dan Selatan.

Negara-negara seperti di benua Afrika dan Asia termasuk Malaysia dikatakan akan mula menerima perkhidmatan internet satelit Starlink seawal 2023.

Awal tahun ini, hanya 25 negara yang tersedia dengan perkhidmatan Starlink ini. Soal harga, ia mengenakan caj sebanyak $599 (~RM2643) untuk kit permulaan dengan caj bulanan $110 (~RM483).

Anda boleh lihat ketersediaannya untuk setiap negara melalui peta di laman web Starlink.

Starlink milik Elon Musk bakal masuk Malaysia, guna internet dari satelit

BACA:

Najib ulangi pendirian pertahan GST, dakwa rakyat lebih senang kalau ada cukai itu

Siapa yang paling untung dan rugi bila OPR naik? Ini pendedahan pakar

Penjawat awam contoh, 36 tahun berkhidmat tak pernah sekali pun ambil cuti sakit

Leave a Comment