SPRM rampas kereta, beku akaun bank pemimpin Pas

Oleh MHDAILY

SPRM rampas kereta, beku akaun bank pemimpin Pas

SPRM merampas aset termasuk kereta mewah milik pemimpin-pemimpin PAS, dalam siasatan berhubung dakwaan dana RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun parti.

Sumber berkata, penyiasat telah merampas aset tersebut sejak beberapa hari lalu.

SPRM rampas kereta, beku akaun bank pemimpin Pas

Selain kereta, menurut sumber, akaun bank beberapa individu tertentu turut dibekukan, yang merupakan sebahagian daripada siasatan.

“Ya, lebih ramai pemimpin akan dipanggil,” kata sumber pada Khamis.

SPRM mengesahkan bahawa tiada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam akaun bank rasmi PAS.

Justeru, sumber memberitahu, penyiasat kini menumpukan akaun invidu dalam kalangan pemimpin PAS tertentu.

Pada 13 Februari lalu, The Star melaporkan bahawa siasatan kini beralih kepada akaun peribadi para pemimpinnya.

Dakwaan mengenai PAS menerima rasuah RM90 juta daripada Umno, menerusi artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di atas dakwaan itu tetapi kedua-duanya menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah

BACA:

“Elizad, saya baru balik dari Haji ni. Insyallah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi”, Tunku Permaisuri usap perut Elizad undang perhatian netizen