SPRM buru menantu Muhyiddin, rupanya kes ini ada berkait dengan Zahid Hamidi ramai nak tahu
Hari ini SPRM keluarkan kenyataan memburu Adlan Berhan. Adlan ini adalah menantu Tan Sri Muhyiddin.
Siasatan adalah berkait satu kontrak bernilai RM1.2 bilion yang diberi ketika tempoh darurat 2 tahun lepas.
Apa cerita sebenarnya? Saya cuba tulis sehabis ringkas sebab ia juga berkait dengan Presiden UMNO DS Zahid Hamidi
Ceritanya pada tahun 2017, kerajaan BN telah menganugerahkan satu projek bernilai RM3.5b kepada sebuah syarikat bernama Prestariang.
Kontrak ini adalah bagi membuat Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bagi menggantikan sistem sedia ada yang dah berusia lebih 20 tahun.
Pada tahun 2019, Muhyiddin (ketika itu Menteri KDN) membatalkan projek tersebut dan mahukannya diganti dengan dengan sistem lain.
Sistem baru ini dinamakan National Integrated Immigration System (NiiSE). Harganya cuma RM1.2 bilion.
Ketika itu ramai orang serang Zahid. Zahid seleweng duit kerajaan. Zahid kaki sakau. Projek yang sepatutnya bernilai RM1.2b tetapi Zahid mark-up sampai 3 kali ganda.
Betul ke begitu?
Salah.
Projek zaman Zahid sebenarnya menggunakan konsep konsesi. Dimana kerajaan tidak perlu bayar apa-apa sehingga projek siap dan berfungsi. Apabila siap, kerajaan perlu bayar RM290 juta setahun untuk guna selama 15 tahun
Ini bermakna kerajaan tidak tanggung apa-apa risiko jika projek tidak siap.
Tapi projek zaman Muhyiddin pakai konsep turn-key. Dimana kerajaan perlu bayar RM1.2 bilion sampai projek siap. Kemudian kerajaan juga perlu bayar kos operasi dan penyelenggaraan pada setiap tahun ia digunakan.
Ini bermakna kerajaan tanggung risiko jika tak siap, dan kerajaan juga tanggung risiko bayaran tambahan mahal sebab kos operasi dan maintenance sistem sebesar ini biasanya mencecah ratusan juta setahun.
Pada Disember 2020, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat bernama S5 Systems Sdn Bhd juga terlibat di dalam projek ini. Menantu Muhyiddin adalah salah seorang pemegang saham dalam syarikat tersebut.
Tiba-tiba pada 12 Januari 2021, Muhyiddin telah mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen.
Tak sampai sebulan iaitu pada 29 Januari 2021, kerajaan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM1.2b tersebut kepada IRIS Information Technology System Sdn Bhd. IRIS kemudiannya disahkan bekerjasama dengan S5 bagi projek ini.
Namun projek ini akhirnya menghadapi pelbagai masalah dan kerajaan Anwar kemudiannya bercadang untuk membatalkan projek ini pada Mac 2023. Ketika itu kemajuan projek hanyalah 10%.
Ini bermakna up front payment yang kerajaan Muhyiddin bayar untuk projek ini juga silap2 hangus begitu saja.
Jabatan Imigresen pula terpaksa bergantung kepada sistem lapuk dan hadap maki hamun rakyat bila berlaku masalah.
Bukan itu sahaja, disebabkan projek SKIN dibatalkan untuk memberi laluan kepada projek NiiSE pada zaman Muhyiddin,
kerajaan juga disaman RM922 juta sebab projek itu sudah siap 22% ketika ia dibatalkan. Kes ini masih berjalan di mahkamah.
Sekarang faham atau tidak kenapa ada orang takut sangat laporan audit dibahas di parlimen dulu?
Abah Best
—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
BACA: Gara-gara nak lebarkan sayap perniagaan, Chef Nasi Arab viral dakwa pemuda ini ‘kawan makan kawan’