SPRM beri peluang tambahan sebulan isytihar aset anak kepada Tun Mahathir

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan lanjutan masa sebulan

kepada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk mengisytiharkan aset mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa Tan Sri Mokhzani dan Mirzan

mempunyai tempoh sehingga pertengahan September untuk memenuhi keperluan tersebut.

“Kita telah memberi tempoh tambahan kepada kedua-dua mereka, yang akan berakhir pada pertengahan September.

SPRM beri peluang tambahan sebulan isytihar aset kepada anak Tun Mahathir

“Itu adalah keputusan akhir (lanjutan). Selepas mereka mengisytiharkan harta, kami akan memaklumkan perkembangan kepada pihak media.

“Jadi, tunggu sehingga September kerana SPRM telah memberikan tambahan sebulan lagi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan di sebuah hotel, hari ini.

Azam menambah bahawa SPRM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua anak negarawan tersebut jika mereka gagal mematuhi perintah pengisytiharan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada 18 Januari lalu, Mirzan dan Mokhzani telah menerima notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 yang meminta mereka mengisytiharkan semua aset yang dimiliki sepanjang 43 tahun semasa tempoh pemerintahan bapa mereka.

Pada 24 Mei lalu, Mirzan dan Mokhzani dilaporkan memohon kepada SPRM untuk melanjutkan tarikh akhir bagi pengisytiharan harta mereka selepas diberikan lanjutan sebelum ini.

Mereka juga dilaporkan sedang disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 200

BACA: ‘Ayah kenapa mak sayang angah lebih dari adik? ayah tertunduk diam, jadi setiap hari, angah orang yang paling menang dalam rumah’