Sophia Albarakbah teman baharu Fattah Amin? Ini respon tuan badan

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pelakon sensasi Sophia Albarakbah tidak bimbang menjadi buah mulut apabila bergandingan dengan Fattah Amin.

Menurut Sophia, status Fattah sebagai duda tidak menimbulkan kerisauan kerana fokus utamanya adalah menjalankan tugas sebagai pelakon profesional.

“Tak kira apa status seseorang, kalau orang nak mengata, mereka tetap akan mengata.

Bagi saya, status individu tidak mempengaruhi kerjaya saya.

“Saya tidak takut atau risau dengan kata-kata orang. Apa yang penting, saya memberikan yang terbaik dalam menjayakan watak saya,” katanya.

Sophia Albarakbah teman baharu Fattah Amin? Ini respon tuan badan

Sophia turut menghadiri sidang media pengumuman Duta Eksklusif dan Wajah Baharu serta projek drama pertama Usanita Entertainment di ibu negara semalam, bersama Fattah, Erma Fatima, dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Hasan.

Pengalaman Kerjasama Sebelum Ini

Sophia menjelaskan bahawa sebelum ini, dia telah bekerjasama dengan ramai pelakon berlainan latar belakang dan status, jadi tidak timbul sebarang isu untuk bergandingan dengan Fattah.

“Bukan hanya dengan Fattah, saya rasa status pelakon lain juga bukanlah isu besar.

Saya sudah biasa bekerjasama dengan pelakon yang mempunyai status berbeza, jadi ia tidak menjadi masalah bagi saya,” ujarnya.

Sophia turut berkongsi bahawa dia pernah berlakon bersama Fattah dalam filem Miimaland pada 2019, dan ini merupakan kali kedua mereka bekerjasama.

“Lima tahun lalu, saya baru mula berlakon, jadi kali ini dengan pengalaman yang lebih, saya berharap semuanya berjalan lancar. Saya juga yakin dengan sokongan pelakon lain,” tambahnya.

BACA: Agong perkenan makan tengahari dengan PMX bikin pembangkan merah mata