Pelakon Shahz Jaszle menganggap gelaran ‘penyondol’ yang diberikan netizen kepada aktres Sophia Albarakbah sebagai keterlaluan dan ‘keras’.
Shahz sebelum ini pernah bergandingan dengan Sophia dalam drama Cinta Hilang Kata berkata demikian
Di mana dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa aktres itu.
Dia agak sedih dan pernah hubungi saya dan isteri kerana orang tuduh dia itu ini. Saya ada nasihati dia dan minta dia supaya tak layan benda tu.
Pada saya sekiranya tak buat, dia tak perlu takut kerana ada sesetengah orang dengki padanya sebab dia cantik. Tapi saya tahu dia kuat dan dia kerja keras untuk kerjayanya.
Ujar Shahz lagi, dia ada mengingatkan Sophia untuk terus kuat dan jangan cepat putus asa kerana lebih banyak halangan dan cabaran yang perlu dia hadapi pada masa akan datang.
Dia juga menegaskan bahawa gelaran penyondol itu tidak patut dan turut mengakui kelembutan serta kejelitaan Sophia boleh mencairkan iman mana-mana lelaki.
Saya sendiri sudah berkahwin dan pernah bekerjasama dengan Sophia. Saya tiada sebarang masalah dengan dia pun walau sudah berkahwin.
Sophia wanita yang lemah lembut, kelembutan dia itu memang boleh buat orang salah sangka.
Mungkin lelaki akan ingat Sophia suka pada mereka tapi sebenarnya sikap dia memang begitu.