Sophia Albarakbah buat rawatan kiropraktik, sekali lain pula jadi bila pakar kiropratik terpegang..

Oleh SURIANI HAMDAN

Terbaru satu perkongsian di TikTok mengenai Sophia Albarakbah menjadi bualan hangat oleh golongan netizen.

Dalam video yang dimuat naik tersebut, kelihatan Sophia Albarakbah telah pergi menemui pakar kiropraktik untuk mendapatkan rawatan bagi dirinya.

Sofia yang memakai baju bewarna hitam dan seluar bercorak floral kelihatan sangat tenang ketika menjalani rawatan tersebut.

Sophia Albarakbah buat rawatan kiropraktik, sekali lain pula jadi bila pakar kiroparatik terpegang..

Mengalami Masalah Tulang Belakang

Jika dilihat di dalam video tersebut, Sophia menjelaskan bahawa dia melakukan rawatan itu dengan bantuan pakar kiropraktik bagi melegakan masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Sebelum ini saya mempunyai masalah sakit belakang. Saya rasa tulang lumbar saya agak sedikit bengkok.

Saya tak boleh berdiri terlalu lama kerana akan menyebabkan rasa sakit, lebih-lebih lagi apabila saya menjalani
penggambaran drama yang agak panjang.

@thechirohub Watch how we treated @Sophiaalbarakbah mild lower back pain! #fyp #asmr #chiropractic ♬ original sound – The Chiro Hub

Tambahnya lagi, dia memang mengalami masalah tulang belakang lumbar yang menyimpang ke kiri sehingga menyebabkan dia tidak boleh berdiri terlalu lama.

Terima Pelbagai Reaksi Netizen
Diruangan komen, pelbagai reaksi yang telah dilemparkan oleh netizen terhadap video yang dimuat naik di Tiktok tersebut.

Ada yang teruja melihat video tersebut apabila melihat keadaan Sophia ketika dia sedang dirawat oleh pakar kiropraktik.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut memuji dengan cara Sophia berkomunikasi dengan pakar kiropraktik yang dikatakan sangat fasih dan sangat sedap didengar apabila dia bertutur dalam bahasa Inggeris.

BACA: “Pakcik makcik kata bahagian tanah ayah kecil je dapat RM2500, aku pelik dorang dari setinggan terus duduk rumah besar, rupanya ayah kena tipu..”