SKMM sekat Sugarbook, tapi admin sugarbook siap ajar rakyat Malaysia untuk lepasi sekatan

SKMM sekat Sugarbook, tapi admin sugarbook siap ajar rakyat Malaysia untuk lepasi sekatan

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses laman sesawang Sugarbook kurang memberikan kesan secara menyeluruh.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang dari Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Sugarbook kini boleh diakses ke laman rasmi baharu bernama Sucrebook.

Menurutnya, tindakan tersebut tidak mencukupi sehingga pemilik Sugarbook dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.

“Saya lebih berminat untuk melihat Sugarbook dan operatornya disiasat serta didakwa di bawah Seksyen 372 dan Seksyen 305 (b) Kanun Keseksaan seperti yang dilakukan oleh PDRM sekarang.

“Ini kerana laman sesawang Sugarbook telah melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Pada Rabu lalu, media melaporkan bahawa Malaysia telah dikategorikan pada kedudukan ketiga tertinggi Asia bagi jumlah ‘sugar daddy’ melalui aplikasi ‘Sugarbook’, sebuah aplikasi tidak bermoral yang menyediakan platform bagi mencari wanita-wanita untuk dijadikan perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

Seramai 12,705 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dilaporkan mendaftar dengan aplikasi sugarbook untuk mencari ‘sugar daddy’.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/124051/BERITA/Semasa/Tindakan-SKMM-sekat-Sugarbook-kurang-beri-kesan