Skandal permit perkapalan, SPRM tahan timb ketua pengarah

Oleh MHDAILY

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan ketua pengarah Jabatan Laut bagi membantu siasatan berhubung skandal perkapalan membabitkan pengeluaran kelulusan khas, kata sumber.

Timbalan ketua pengarah itu ditangkap semalam di ibu pejabat SPRM selepas memberikan kenyataan kepada pihak berkuasa.

Empat yang lain turut ditangkap, termasuk setiausaha bahagian Kementerian Pengangkutan dan tiga pengarah syarikat perkapalan yang berbeza.

Suspek berusia antara 35 hingga 54 tahun.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/11/sprm-tahan-timbalan-ketua-jabatan-laut-terbabit-skandal/