Sistem pertahanan Israel tak kebal pun sebenarnya, ini kisah Presiden Mesir yang pernah pecahkan kekebalan Israel

Oleh MHDAILY

Sistem pertahanan Israel tak kebal pun sebenarnya, ini kisah Presiden Mesir yang pernah pecahkan kekebalan Israel.Kalau sesuatu musuh asyik menang dalam peperangan,

lama-kelamaan orang akan percaya musuh tu kebal. Makin lama, makin timbul pula andaian-andaian tertentu. Mereka bangsa terpilih? Mereka takkan kalah? Tunggu akhir zaman nanti baru kalah?

Realiti sebenarnya berbeza di lapangan, kalau kita perhalusi betul-betul terutamanya ketika pemerintahan Anwar Sadat.

Sistem pertahanan Israel tak kebal pun sebenarnya, ini kisah Presiden Mesir yang pernah pecahkan kekebalan Israel

Pertama sekali, tiada negara yang terjamin kebal. Dalam peperangan moden, tiga perkara adalah segala-galanya – semangat, pemodenan dan perisikan… sekali-sekala nasib baik juga main peranan.

Semua nampak Israel kuat atas sebab-sebab tertentu. Tapi sebenarnya, mereka mantap dalam tiga perkara tu. Kita nampak Israel bersorak gembira selepas menang.

Namun ramai tak tahu macam mana Yitzhak Rabin contohnya pernah pengsan setelah semalaman dimaki David Ben-Gurion kerana tak dapat sokongan daripada Amerika Syarikat.

Gabungan Yang Berpecah

Israel berasa terawang-awangan selepas Perang Enam Hari yang berlaku pada tahun 1967.

Anwar Sadat | Biography, History, & Assassination | Britannica

Benar, mereka menundukkan pakatan Arab dalam masa enam hari saja. Orang lain menang pertempuran dalam masa enam hari. Mereka menang peperangan. Tak cukup menang, mereka mengambil Bukit Golan (dari Syria), Tebing Barat termasuk Jerusalem Timur (dari Jordan), G-za dan Semenanjung Sinai (dari Mesir).

Jadi korang tengok gambar di bawah dan bayangkan semuanya dipegang Israel.

Biru tu “State of Israel”. Selebihnya “Israeli-occupied territories”. Kejayaan luar biasa ni menghukum Arab dalam kancah malu. Tapi enam tahun kemudian, Arab mengaum balik… cuma kalau suruh dubuk, harimau kumbang, singa, harimau belang dan beruang bertempur sekali, masing-masing ada naluri berhalatuju sendiri. Itulah yang berlaku pada tahun 1973, apabila Perang Ramadan (Yom Kippur) menggeggarkan Timur Tengah.

Jujurnya Perang Ramadan ni berlaku antara tiga pihak jer – Mesir dan Syria menentang Israel.

Arab Saudi, Algeria, Jordan dan sebagainya sekadar menghantar bala tentera sebagai expeditionary forces. Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet mengambil tempat sebagai pihak penyokong. Maka dalam peperangan ni, Raja Faisal (Saudi), Muammar Gaddafi (Libya) dan Fidel Castro (Cuba) tidak terlibat dalam lapangan. Yang terlibat adalah Anwar Sadat dan Hafez al-Assad. Tapi kita ketepikan Assad sekejap sebab skop perbincangan adalah mengenai Sadat.

Perubahan Mentaliti

Anwar Sadat ingin mengembalikan Semenanjung Sinai ke pangkuan Mesir. Baginya, itu adalah kedaulatan Mesir yang sudah diambil pihak lain. Tapi pada 19 Jun 1967, Israel sebenarnya nak mengembalikan Sinai dan Golan masing-masing ke Mesir dan Syria (Olson, 2018).

Asalkan negara-negara berkenaan setuju nak berdamai buat selamanya… tapi Israel tak memberitahu Mesir dan Syria langsung. Sesama menteri kerajaan, mereka bersetuju – ibaratkan bertepuk sebelah tangan.

BACA: “Aku dinaikkan pangkat, sibuk dengan outstation, sekali bini aku mengaku dia ada buat ‘something’ dengan boss masa OT”

Lepas fitnah masjid jadi tokong, Ustaz Pas minta maaf