Sebelum terasa dengan perkataan “kongkek” yang digunakan dalam artikel ini, harap baca dengan teliti.
Sejak permulaan penanaman gambir dan lada hitam, kebanyakan Kangchu, serta taukeh pemajak sungai dan kampung
Menerima modal awal dari pedagang Singapura dan beberapa dari pedagang Melaka.
Modal ini diperoleh dengan jaminan bahawa hasil produksi akan dijual kepada pemodal asal dengan harga tertentu yang sudah ditetapkan, tetapi dengan harga yang lebih rendah.
Daripada sini, terbentuklah satu pakatan yang dipanggil “Kongsoh,” iaitu satu perjanjian antara pemodal dan kerajaan Johor untuk menjaga kepentingan bersama.
Dengan perjanjian ini, sistem pengawasan yang dikenali sebagai “Sistem Kongkek” turut diwujudkan. Ahli-ahli yang melaksanakan sistem ini dilantik oleh kerajaan dan dipanggil sebagai “Pegawai Kongkek” atau “Kongkek” sahaja.
Mereka bertanggungjawab memastikan setiap tongkang yang membawa hasil muatan eksport sampai kepada pemodal asal. Kongkek juga mempunyai kuasa untuk merampas hasil eksport jika dijual kepada pedagang lain.
Stor penyimpanan dibina untuk menyimpan hasil pengeluaran gambir dan lada hitam yang akan dieksport. Pegawai Kongkek ditugaskan untuk mengawal hasil gambir dan lada hitam tersebut mengikut anggaran kasar hasil pengeluaran ladang. Mereka juga bekerjasama dengan pegawai kerajaan tempatan untuk memastikan tiada penipuan dalam barangan eksport, seperti meletakkan pasir atau air dalam hasil muatan.
Kadangkala, mereka juga bekerjasama dengan pegawai tempatan untuk menyelesaikan pertikaian antara Kangchu kerana kawasan ladang mereka berdekatan. Pergaduhan ini sering berlaku berhubung perebutan kawasan sempadan ladang.
Penanaman nenas dan getah merosakkan industri gambir dan lada hitam
Johor merupakan pengeksport lada hitam dan gambir terbesar di dunia pada pertengahan dan akhir abad ke-19. Negeri ini menumpukan ekonomi pertaniannya melalui kerjasama dengan imigran Cina, terutamanya penanam, kerana kekurangan sumber bijih timah.
Kemajuan perusahaan penanaman lada hitam dan gambir ini mengalami kemerosotan apabila penanaman getah dan nenas diperkenalkan di Johor pada abad ke-20. Oleh itu, lada hitam dan gambir semakin hilang di Johor dan sukar dijumpai, bahkan ketika berkunjung ke Johor, tiada lagi ladang lada hitam dan gambir yang besar dapat ditemui.
Walau bagaimanapun, penanaman nenas dan getah memberikan faedah kepada penduduk Johor dengan memberikan keuntungan besar. Apabila mengunjungi Johor, anda dapat melihat beberapa tempat penanaman pokok getah dan nenas di kawasan yang sama.
Penanaman ini dilaksanakan melalui kerjasama antara LPNM dan RISDA dalam “Projek Integrasi Tanaman Nanas Jenis MD2” yang dimulai pada tahun 2015 untuk membantu peneroka mendapatkan pendapatan tambahan. Dengan itu, tanaman pokok getah dan nanas menjadi tanaman utama bagi Negeri Johor hingga hari ini.
BACA: Kerajaan Johor bakal tubuh pusat pemulihan islam komuniti LGBT, ini respon netizen