Sisi gelap ‘primitive building’ terdedah buat ramai baru tahu, rupanya ramai tonton sebelum tidur

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Sebelum ini, seorang pencipta kandungan dari Kemboja telah mendedahkan realiti di sebalik penghasilan video tentang pembinaan primitif

Yang menunjukkan dua lelaki tempatan membina rumah di tengah-tengah hutan. Ternyata, apa yang ditunjukkan di hadapan kamera hanyalah satu ‘lakonan’ semata-mata.

Sebaliknya, mereka mempunyai pasukan lengkap yang terlibat dalam keseluruhan proses pembinaan yang mengambil masa kira-kira 100 hari.

Sisi gelap 'primitive building' terdedah buat ramai baru tahu, rupanya ramai tonton sebelum tidur

Realiti pahit di sebalik konten pembinaan primitif ini mencakupi pelantikan seorang arkitek berkelulusan bagi memastikan setiap aspek binaan mampu bertahan hingga penyiapan sepenuhnya untuk tujuan penggambaran.

Sebanyak 70% daripada kerja penggalian tanah dilakukan menggunakan jentera, sementara 30% melibatkan tenaga pekerja binaan yang diupah.

Bagi penonton, setiap hasil binaan yang disiapkan oleh mereka kelihatan sangat indah. Namun, tanpa pengetahuan ramai, konten menarik itu sebenarnya menyimpan satu ‘sisi gelap’ yang tidak diketahui umum.

Menerusi rakaman dron, banyak kawasan hutan di Siem Reap, Kemboja, terbukti ‘lompong’ selepas dimasuki oleh pihak yang bercadang memulakan projek pembinaan rumah. Jarak antara setiap projek tidak jauh dan kebanyakannya terletak dalam satu kawasan yang sama

Setelah siap, segalanya ditinggalkan begitu sahaja sebelum mereka berpindah ke lokasi seterusnya.

Tidak hanya merosakkan hutan, tindakan ini juga boleh memberi kesan negatif terhadap habitat dan kehadiran haiwan liar di kawasan tersebut.

Banyak kolam air bertakung yang penuh dengan air kotor, sampah sarap tersebar ke mana-mana, plastik simen tidak dibersihkan, dan paip-paip dibiarkan tanpa sebarang usaha pembersihan daripada pihak pencipta kandungan terlibat.

Kemboja, sejak tahun 2011, telah mencatatkan kadar pembabitan hutan yang tertinggi di dunia.

Oleh itu, tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini pastinya akan lebih merosakkan ekosistem hutan di negara tersebut.

BACA: “Dari kecik sampai besar, kerja mak menyumpah anak-anak je, depan orang mulut manis tapi belakang orang mulut longkan”