Singki kalau dah tersumbat maka sukar nak buat kerja di dapur, bayangkan pula air nak basuh pinggan tu bertakung sahaja.
Kebiasaan masalah utama yang membuatkan singki tersumbat adalah sisa makanan atau gris yang memasuki sistem pembuangan.
Sinki perlu dibersihkan secara kerap untuk mengelakkan penyumbatan yang memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan tambahan.
Malah, sebagai langkah berjaga-jaga agar aliran singki kekal lancar, boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Encik Kom Hameed di Facebook.
Tip elak sinki tersumbat
Menurut pemilik Facebook yang berkongsi di halaman ‘Tukang Apa Hari Ini’, ini adalah tip yang diperoleh daripada tukang paip.
Ada seorang tukang paip ini pernah bagi tips maintenance sinki untuk elak tersumbat.
Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin.
Bila sudah penuh, lepaskan serentak.
Buat sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Memang jadi! Sinki susah nak tersumbat!
Daya tolakan air yang kuat ini akan flush semua kotoran dalam saluran dan tak ada kesan kat sinki berbanding pakai asid atau soda bikarbonat.
Tambahnya ini adalah tip maintenance supaya tak tersumbat, kalau dah tersumbat kena selesaikan dulu kalau tak banjir.
Ada juga warganet yang mencadangkan air panas namun bimbang paiop mereka tak bertahan dan akan ‘leaking’.
Jadi lebih baik jika asingkan sisa makanan dan basuh pinggan mangkuk berminyak dengan air suam terlebih dahulu.