Singapura arah henti minum Kopi Pejuang 3 in 1

Oleh MHDAILY

Singapura arah henti minum Kopi Pejuang 3 in 1. Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya tidak membeli atau minum kopi tiga dalam satu ‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1’ yang mendakwa boleh mempertingkatkan kesihatan seksual lelaki.

Ini selepas dua orang yang minum kopi itu jatuh sakit teruk, termasuk seorang yang mengalami priapisme atau ereksi alat kelamin selama empat jam selepas minum kopi itu, kata HSA dalam kenyataannya pada 25 Mei.

Priapisme adalah keadaan perubatan yang serius dan boleh merosakkan tisu alat kelamin serta menyebabkan mati pucuk.

Menurut HSA, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kopi itu menunjukkan ia mengandungi kandungan tinggi tadalafil iaitu ubat rawat mati pucuk yang perlu dimakan mengikut arahan doktor.

Singapura arah henti minum Kopi Pejuang 3 in 1
Ia juga tidak mengandungi bahan semula jadi atau herba sebagaimana yang didakwa dalam bahan pemasaran di dalam talian.

Menurut HSA, ‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1 dijual menerusi saluran e-dagang seperti Shopee, Lazada, Qoo11 dan Carousell, serta menerusi Facebook.

“HSA bekerjasama dengan pentadbir pentas berkenaan untuk menghapuskan barangan itu dari senarai penjualan dan sudah mengeluarkan amaran kepada penjual,” kata HSA.

BACA:

Tak sampai sebulan, Aeril Zafrel nak jual Lamborghini hadiah dari Wawa, “kereta sewa kot..”

Wanita redha adik kandung sendiri kahwin bekas suaminya

“Player” utama ayam di Malaysia semuanya Cina, pemuda ini tampil jelaskan

Leave a Comment