“Silap besar, aku pilih sebab berkopiah je, pakai lebai belum tentu baik rupanya, dah kahwin suami dedah perangai sebenar”Perkahwinan aku diatur oleh keluarga. Nampak je suami datang pakai kopiah, aku yakin dia boleh jadi imam yang sempurna.
Tak sangka, bukan kopiah atau purdah kayu ukur kebaikan seseorang. Apa yang tak kena dengan suami aku..
Assalamualaikum.. Nama aku Mardhia, sudah tentu bukan nama sebenar. Umur aku dalam 30-an, sudah berkahwin selama 10 tahun dan memiliki 3 orang anak. Aku merupakan penjawat awam di sebuah negeri di selatan tanah air. Itu serba sedikit tentang diri aku.
Tujuan aku menulis di ruangan ini sebenarnya lebih kepada ingin meluahkan isi hati yang aku tak tahu kepada siapa harus aku luahkan. Aku harap dengan cara ini dapat melegakan sedikit bebanan yang aku rasa. Mengapa tajuk itu yang aku pilih?
Mungkin ramai dalam kalangan pembaca yang merasakan aku kufur nikmat. Kenapa nak sangat jadi seperti Puteri Sarah yang menanggung kesakitan diduakan suami? Ya, sebagai seorang isteri, aku turut merasakan kesakitan Sarah.
Namun, jalan cerita seorang Puteri Sarah Liyana bagi aku masih lagi ada harapan untuk menemui sinar kebahagiaan. Sarah berduit dan sekarang Sarah sedang dalam proses memohon perceraian. Apabila semuanya selesai, dia akan berbahagia bersama dua orang anaknya.
Sedangkan jalan cerita aku umpama meniti di atas ranjau berduri yang tiada penghujung. Aku berkahwin dengan suami yang aku namakan ‘Din’. Kami tidak bercinta, pertemuan diaturkan keluarga, bertunang dan bernikah. Semuanya berlaku dalam masa setahun.
Itulah kesilapan paling besar yang aku lakukan. Aku pilih dia atas dasar dia datang dengan berkopiah, kononnya sudah sangat sempurna untuk menjadi imam aku. Imej agama tidak menjamin apa-apa ya adik-adik yang sedang mencari jodoh.
Kenali dulu hati budinya, bukan kopiah atau purdah kayu ukur kebaikan seseorang. Apa yang tak kena dengan Din? Setelah berkahwin, barulah aku kenal dirinya yang sebenar-benarnya. Seorang yang panas baran. Narciissist mungkin, aku pun tak pasti.
Ya, panas baran ialah kunci kepada semua masalah dalam hidup seseorang. Tidak mahu dikongkong, tidak boleh ditegur, tidak mahu dikawal dan dia sentiasa betul. Sudah tentulah orang sebegini tidak akan boleh kerja makan gaji.
Ada kelulusan yang agak tinggi tetapi tidak berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Kerja, berhenti, kerja, berhenti dan akhirnya buat keputuusan untuk membuka perniagaan sendiri. Dari mana Din dapat modal untuk buka perniagaan?
Sudah tentulah dari Si bodoh Mardhia. Ya, akulah orangnya. Kakitangan kerajaan sememangnya dikaitkan dengan pinjaman. Pinjaman sehingga nilai maksimum aku buat untuk Din memulakan perniagaan. Kenapa begitu bodoh?
Ya, atas dasar sayang, atas dasar kepercayaan, isteri yang memudahkan urusan suami akan mendapat ganjaran pahala. Pada awalnya segalanya berjalan lancar. Namun begitu, saban hari perniagaan semakin merosot. Mungkin pembaca boleh kaitkan sendiri dengan isu panas baran tadi.
Aku malas nak ulas, nanti cerita jadi panjang berjela. Apa pun, percayalah, panas baran itu punca segala masalah dalam hidup. Sekarang ini kami bergelut dengan masalah kewangan. Hutang keliling pinggang. Aku berusaha sedaya upaya melakukan perniagaan sampingan untuk menambah pendapatan.
Din pun begitu juga, namun panas barannya sering jadi penghalang kejayaan perniagaan kami. Ada sahaja masalah yang timbul. Mungkin apabila kita gagal jaga hubungan sesama manusia, Maka Allah menutup pintu rezeki.
Namun begitu, masalah kewangan bagi aku bukanlah masalah utama yang menjadi penghalang kebahagiaan aku. Aku memang dilahirkan dalam keluarga miskin yang sudah terbiasa hidup susah. Namun, yang aku rasa paling sakit apabila terpaksa menghadap sikap panas baran Din setiap hari.
Pantang ada silap, habis dimaki hamunnya. Anak -anak yang masih kecil turut jadi ‘puunching bag’. Dia jarang memukul, tapi lebih kepada memaki dengan kata-kata kesat, penderaan mental dan ‘silent treatment’ yang begitu menyakitkan.
Paling aku tak boleh tahan sewaktu dia memandu. Semua kenderaan dimakinya dengan kata-kata kesat. Aku dan anak-anak hanya mampu menahan telinga dan rasa. Disebabkan sikapnya begitu, aku semakin jauh dengan keluarga aku.
Aku tidak mahu keluarga aku terutamanya ibu aku terguriis dengan sikap Din. Kenapa aku bertahan sampai 10 tahun? Sebab utama ialah duit. Manalah aku mampu nak upah peguam. Lagi pula, aku tiada pilihan lain. Kalau aku bercerai, sudah tentulah aku tanggung semua hutang piutang kerana atas nama aku. Din tak akan bertanggung jawab. Itu aku pasti.
Aset aku juga telah habis dijual untuk selesaikan hutang piutang. Yang tinggal, rumah sewa dan kenderaan atas nama Din. Aku pernah berbincang dengan Din tentang hal perceraian. Hasilnya? Aku terpaksa tunduk dengan angin panas barannya.
Sebelum ada nyawa yang melayang, baiklah aku tutup mulut. Saban hari berlaku, aku semakin tidak mampu bertahan. Puas aku berdoa, merintih, merayu kepadaNya agar membuka jalan kebahagiaan, tapi Dia seolah-olah tidak mahu mendengar rintihan aku.
Mungkin terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Kadang-kadang aku berharap biarlah Din ada perempuan lain dan tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku hendak bina kebahagiaan aku dengan anak-anak. Pernah juga dia berhubungan dengan bekas kekasihnya yang sudah bergelar janda, tapi tak menjadi pun. Perempuan mana yang mahukan lelaki panas baran?
Doakan aku terus kuat. Aku juga doakan Puteri Sarah Liyana menemui jalan kebahagiaan yang sebenar-benarnya kelak. Mungkin bahagia aku bukan di sini. Jangan Komen ‘jangan berhenti berdoa’. Aku tak pernah berhenti selama 10 tahun, jadi sampai bilakah lagi aku harus menunggu? 20 tahun? 30 tahun atau hingga malaik4t mauut mencabut nyawa aku? Si maIang, – Mardhia (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Siti Alifah Hashim : Bertindaklah.. kenapa mesti terus bertahan. Islam sangat menjaga hak seorang wanita. PergiIah buat aduan di pejabat agama. Guna biro guaman untuk kos guaman yang berpendapatan rendah. Sampai bila awak mahu bertahan?
Keputuusan bukan di tangan orang lain, di tangan awak sendiri. Bahagia itu pilihan. Kita yang memilih untuk terus bahagia atau sebaliknya. Jangan terus menyiksa diri. Andai tidak mahu dinasihati untuk terus berdoa. Buatlah keputusan yang tepat.
Doa adalah senjata orang mukmin. Yang memberi ujian itu adalah Allah maka Allah jualah tempat kita memohon pertolongan. Jangan terus terusan buruk sangka dengan apa yang Allah kurniakan. Bertindaklah puan. Sayangi diri sendiri dan anak-anak.
Sofiah Yunus : Sedih baca cerita-cerita macam ni. Perkahwinan tu actually indah je kalau pilih pasangan yang supportive dari semua segi. Actually kahwin ni hal seumur hidup. Seumur hidup kena hadap orang yang sama.
Walaupun ada orang kata sebelum dan selepas kahwin tu lain, ujian rumahtangga tu berbeza-beza, ujian hidup setiap orang tak sama. Sis hidup ni pilihan. Mesti ada jalan keluar untuk setiap masalah. You hanya perlu kekuatan je dan segera la ambil tindakan.
Kesian kat anak-anak hidup dalam persekitran bapa yang macam tu. Takut membesar dengan trauma. You know what to do, jangan fikir deep sangat what will happen if he takde, percaya lah Allah akan bagi jalan keluar tapi u kena take action.
Ann Fardan : Seumur hidup terlalu lama untuk berada dalam rumahtangga yang derita jiwa serta merosakkan masa depan akhlak anak-anak. Jadi ibu adalah keutamaan bila jadi isteri sudah gagal sebab silap pilih suami.
Maka usah risau tentang duit. Risaulah tentang karekter anak-anak yang bakal sama macam suami sebab anak-anak ni melihat contoh-contoh di depan mata. Jangan warisi kegagalan kita pada anak. Narciissist ke panas baran ke dia taknak ubah diri dia.
Kita jadi ibu kena pantas buat keputuusan. Angkat kaki cabut keluar dari perkahwinan yang rosak tu!! Bergantung lah hidup hanya pada tali Allah. Allah takkan ubah nasib kita dik. Kita yang kena ubah sendiri?!!! Tulis kat sini tak ubah apa-apa. Pergi mahkamah failkan cerai.
BACA:
MB Kedah serah borang keahlian Pas? Tun M bakal sertai Pas?
Review paling jujur pengunjung ke Splash Mania, Waterpark baru di Selangor