‘Silap aku pergi reunion, tiba-tiba ada orang mesej ugut jangan ganggu suami dia, masa bila pula aku sondol suami orang ni?’

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Assalamualaikum. Memperkenalkan nama aku Bulan (bukan nama sebenar). Apa yang aku nak tulis ni, aku harap dapat jadi pengajaran dan iktibar terutama buat kaum Hawa.

Pernah dengar tak? “Reunions are sc4ms. Nobody actually misses you. They just wanna know if you’ve made it in life?”

Dan ni kisah aku yang macam kena sc4m jugak atas sebab reunion. Bukan sc4m duit. Bukan sebab member nak tengok aku kaya ke tak.

Nak tahu, kena baca confession aku. Hehehe. Kisahnya bermula pada suatu hari. Aku pergi ke pasaraya untuk membeli sedikit barang.

Aku pergi seorang je sebab hari tu anak – anak sekolah. Aku anggap tu adalah me-time untuk aku. Oh ya, aku ni surirumah. Secara tak sengaja, aku terserempak dengan kawan lama aku.

'Silap aku pergi reunion, tiba-tiba ada orang mesej ugut jangan ganggu suami dia, masa bila pula aku sondol suami orang ni?'

Aku namakan dia Sarah. Kali terakhir aku jumpa Sarah adalah 20 tahun yang lepas.

Aku bersekolah sama sekolah dengan Sarah masa tingkatan satu. Tapi tak lama. Setahun je sebab lepas tu aku pindah sekolah lain. Sarah kata, mereka tengah plan untuk reunion batch aku. Sarah tanya, aku nak join tak. Tapi aku tak bagi kata putus masa tu.

Satu, sebab aku segan. Aku sekolah situ sekejap je. Kedua, agak struggle aku nak mengangkut anak – anak aku seorang diri. Anak kedua aku tu ligat sikit. Macam aku masa kecik dulu. Betullah orang kata, perempuan ni kau tunggulah bila kau dapat anak perempuan. Bertemu buku dengan ruas orang kata.

Lepas tu… Tarikh tu, suami aku belum balik d4rat lagi. Suami aku kerja kapal. Jadi memang must4hil untuk suami aku teman pergi reunion tu. Sarah kata tak apa. Tapi dia cakap nak masukkan aku dalam group Whatsapp sekolah.

Aku pun, ok je lah. Kalau menolak sangat nanti takut orang ingat aku sombong pulak. Lepas Sarah masukkan aku dalam group tu, aku tak sangka juga. Ramai yang masih ingat aku. Aku pulak, ada yang aku ingat, ada yang samar – samar.

Dah dua kali bersalin you alls. Orang kata time bersalin ada urat putus. Aku memang selalu guna alasan ni kat husband aku tiap kali aku lupa. Antara yang nampak paling excited dengan kemunculan aku selepas 20 tahun tu, satu nombor Whatsapp yang bernama Aliyah.

Dia tulis nama (icon love) Aliyah (icon love). Dia ni dah kahwin. Profile dia letak gambar kahwin. Aku cuba tengok gambar tu, tapi entah. Muka tak jelas sebab dari sisi satu hal, kecik pun satu hal. Sejujurnya aku memang tak ingat langsung Aliyah ni yang mana satu. Batch aku tu ada 5 kelas. Boleh jadi dia kelas lain.

Aliyah pun ada minta akaun FB, IG dan Tiktok aku. Aku anggap tu biasa untuk kenalan yang lama tak jumpa. Mungkin mereka nak tahu perkembangan aku. Cuma, untuk FB aku dah tak boleh accept friend sebab dah capai limit. Aku pun tak sempat nak check yang mana patut aku remove.

Takkan aku nak buat status, “Saya nak remove beberapa rakan yang tidak aktif. Jemput like status ni sebagai tanda anda aktif.” Eh, diva sangat! Tak kena untuk aku yang marhaen dan sendu. Kut tiba yang like status aku tu seorang je. Husband aku. Tu pun sebab aku suruh like. Naya. Takkan aku nak delete semua orang?

Naluri wanita ni kadang – kadang kita nak stalk orang. Haha. Aku perasan banyak juga new follower request untuk IG dan Tiktok. Aku rasa tu memang kawan – kawan lama sekolah dulu tu la. Tanpa berfikir panjang, aku accept je semua.

Dalam group Whatsapp tu, Aliyah yang paling rajin mention aku. Contoh, ada sorang kawan pos dia bre4kfast makan roti canai. Aliyah akan reply situ, “Sedapnya roti canai. @bulan hari ni breakfast apa.” Tapi, still aku anggap tu normal je lah.

Sampai waktu dah dekat tarikh reunion tu. Dalam sebulan sebelum. Sarah ni Bendahari yang in-charge collect duit dan Aliyah ni yang handle location untuk reunion. Aliyah kata, dekat tempat reunion tu ada parking khas untuk event reunion tu. Jadi dia perIukan nombor plat kereta yang dapat datang event.

Aliyah Whatsapp aku secara personal tanya aku tak pergi ke? Aku cakap aku 50 – 50. Aliyah cakap kalau fasal yuran, dia willing untuk bayarkan aku punya. Aku ada rasa pelik sikit tapi lepas tu Aliyah kata ni kali pertama nak buat reunion. Jadi kalau boleh, dia nak sangat jumpa kawan – kawan yang lama dia tak jumpa.

Especially aku sebab last jumpa aku masa tingkatan satu. Gitulah dia kata. Aku pun bagitau Aliyah, aku tak pasti lagi. Kalau tak ada apa – apa event family tarikh tu, maybe aku boleh datang. Aliyah kata, kalau macam tu bagi no plat kereta je dulu. Senang dia nak buat list untuk serahkan kepada management dekat tempat tu.

Aku pun, tanpa berfikir lebih aku bagi je lah. No plat kereta je kan. Tapi aku pelik sikit lepas tu sebab Aliyah reply, “Wah, lawanya kereta. Warna merah pulak tu…” Aku pun tak tahu nak reply apa, aku “hehehe” je lah. Takkan aku nak meriak pulak dengan kereta aku yang halus tu.

Ye lah. Aku ni cuma berkereta jenama negara, megah menyusur di jalan raya. Lepas tu. Kereta saiz gitu je aku layak pakai. Aku ni nak masuk parking pun tersengguk – sengguk. Aku sedar diri. Ada satu hari, aku pergi beli barang dapur sebab anak – anak aku nak makan pizza, tapi yang aku buat. Jadi sementara mereka sekolah tu, aku pergi beli barang.

Aku mula rasa tak best fasal Aliyah ni bermula dari sini. Time beli barang tu, aku tak tengok phone. Dah lepas bayar barang baru aku tengok. Tu pun sebab aku perasan notification masa nak scan QR code. Aliyah mesej aku macam ni…

“Banyaknya beli barang.. Untunglah husband. Wife rajin masak. Tapi rugiIah husband kerja jauh – jauh..” Aku macam, ehhh. Mengata suami pujaan hati aku dah kenapa. Suami aku balik cuti aku masak la banyak – banyak biar dia gendut. Baru aku nampak slim. Gituh…

Lepas tu, aku macam kurang senang sikit orang stereotype asal perempuan je kena pandai masak. Kepada lelaki bujang aku nak pesan. Kalau jumpa perempuan tapi tak pandai masak, jangan terus tinggalkan. Entah – entah dia power bertukang, pandai tukar paip, pandai panjat pokok, pandai repair kereta. Kan ada banyak lagi kemahiran dalam dunia ni?

Kan ada analogi suami isteri ni macam sudu dan garfu. Dua – dua ada kelebihan dan kekurangan. Tapi saling melengkapi. Oh ya. Mesej Aliyah tu buat aku terasa macam aku ni diekori tau. Ikut hati aku nak lari laju – laju pergi parkir nak cepat – cepat blah dari situ. Tapi faktor umur, aku tak larat lari menolak troli penuh barang gitu.

Aku drive tapi aku tak balik rumah. Aku balik rumah mentua aku. Mama terk3jut aku tiba – tiba datang sebab dia tau biasanya aku mesej dulu. Aku bagi alasan aku tiba – tiba rasa nak makan masak lemak daging salai mama. Ah, sudah! Mama ingat aku nak bagi dia cucu lagi pula.

Padahal aku ni tengah perasan syok sendiri terasa aku diekori. Time tu aku terfikir. Ada ke orang nak stalk aku? Aku ni bukan cun macam Sophia Barakah apa nama dia. Tapi mama pelik jugak. Aku ni nak makan masak lemak daging salai tapi bahan – bahan yang aku beli tu, bahan pizza.

Aku cakap kat mama, tu anak – anak nak makan. Buat pizza kan banyak. Budak – budak tu makan sikit je. Jadi, boleh ajak mama papa makan pizza sekali. Tiba – tiba aku macam expert menipu. Tapi entah, gerak hati mak – mak kut. Muka mama macam ragu – ragu betul dengan aku time tu.

Anak – anak aku balik sekolah pukuI 2 petang. Aku rasa tak selamat bawa kereta aku tu. Kebetulan ada adik ipar aku yang tengah cuti sem, aku ajak dia pergi jemput anak aku, naik kereta dia. Alasan konon aku migrain. Silap pulak alasan aku time tu, sebab mama jadi m4kin yakin aku ni nak bagi dia cucu. Ya ampun…

Malam tu, anak – anak semua tidur rumah mentua aku. Kebetulan esok tu Sabtu Ahad, jadi tak de isu baju sekolah ke apa. Lagipun aku memang ada tinggal beberapa pasang baju aku dan anak – anak kat rumah mentua aku.

Dekat tengah malam jugak, Aliyah mesej aku. Dia tanya aku kat mana. Aku pun tak nak la nampak obvious aku ni mengelak dia. Aku reply cakap, “Ada je kat rumah.” Lepas tu Aliyah tanya, “Ye ke? Kenapa rumah gelap je?”

Ya Allah. Dengan tangan terketar – ketar aku reply, “Betullah kat rumah. Tapi rumah parents.” Aliyah reply, “Oh, nak balik Pahang tak bagitau…” Oh ya. Rumah parents aku memang dekat Pahang. Rumah mentua aku ni area Lembah Klang, tak jauh dari rumah aku.

Aku reply sikit je, “Last minute punya plan…” Esoknya, ada nombor tak dikenali mesej aku. Aku copy balik sini tapi aku betulkan ejaan la sebab ejaan dia banyak short form. “Salam. Bulan kan? Saya Aliyah. Saya minta berhentilah ganggu rumah tangga saya. Suami saya si encik A (bukan nama sebenar) tu dah tak serupa orang dah. Kalau Bulan terus ganggu begini, saya tak teragak – agak nak viralkan!”

Eh? Ni salah orang ke apa? Bila pulak aku ni buat percubaan menyondol rumah tangga orang? Risau pulak aku nak viralkan aku ni. Benda online, sekali kau upload get ready je la benda tu untuk bersemadi selamanya online, unless internet dah tak wujud kat dunia. Malu ke cucu cicit karang.

Sebab tu suami aku pesan, kalau marah ke g4duh ke dengan sesiapa jangan update status kat socmed. Hantar Whatsapp kat diri sendiri. Lepas sebulan, cuba baca balik luahan amarah sendiri tu. Mesti rasa buruk benar dan menyesal emo entah apa – apa. Jangan nak meluah tak ketahuan hala kat socmed. Zaman sekarang orang screensh0t. Jaga aib diri dan orang tersayang. Gitu. Sambung balik.

Entah kenapa. Time tu aku banyak minum susu kut. Otak aku cepat berhubung. Aku terus teringat dekat Aliyah yang jadi punca aku lari tidur kat rumah mentua aku ni. Rupanya, yang selalu mesej aku tu suami kepada Aliyah yang sebenar ni. Bila dia sebut encik A, aku baru teringat.

Dia ni mamat yang sama yang suka selit surat bawah alas plastik lapik meja tu. Alah, alas clear plastic zaman dulu tu. Yang lahir tahun 90-an mesti tau. Aku tak layan sebab aku rasa macam cringe giIa. Ada tulis sajak cinta – cinta.

Kadang – kadang lirik lagu Newboyz, Boboy, Antz, Spin semua dia tulis selit kat situ. Confuse aku. Nak suruh aku nyanyi ke apa? Aku kalau nyanyi, katak pun boleh pekak dan m4ki aku. Punya tak sedap sebab cara aku menyanyi dan bersyarah macam tak ada beza. Tapi aku anggap tu cinta monyet je la.

Encik A ni kategori ada rupa sebenarnya. Tapi tu lah. Baru tingkatan satu kut. Umur tu aku masih main sep tiang dengan kawan – kawan. Tak de kerja nak bercinta. Kemenangan main sep tiang tu lagi syok. Dia ni pun ramai peminat.

Ada kakak angkat dia siap conteng dinding sekolah guna marker tulis nama aku nama kelas aku dan carutan untuk aku. Satu dinding tu merata perkataan h1naan untuk aku. Bayangkanlah… Time tu aku rasa nak pakai topeng otomen pergi sekolah.

Lama jugak nama aku bersemadi kat dinding tu. Lastly, pihak sekolah cat baru dan seorang cikgu seni ni lukis mural kat situ. Lagi lah aku rasa tak minat dia. Sebab dia, satu sekolah tengok nama aku dicarutkan kat situ. Dah serupa batu bersurat kat muzium ramai orang tengok.

Mana aku tau kakak angkat dia buat? Sebelum hujung tahun aku pindah, ada senior ni datang jumpa aku. Dia minta maaf dan mengaku dia buat. Dah berpuluh tahun kan? Patut dah move on je sebab masing – masing dah tua dan dah kahwin pun.

Aku pun sampai terlupa dah watak dia ni sampai la Aliyah yang sebenar confront aku. Aku reply Aliyah yang sebenar dan screensh0t semua mesej. Alhamdulillah aku tak save nama encik A, jadi nama Whatsapp (love) Aliyah (love) tu jelas terpapar kat screensh0t aku sebab banyak mesej yang aku reply je.

Kiranya, bukan aku yang initiate untuk mulakan sembang. Dasar betul.. Kemain konon sweet letak nama bini kat Whatsapp. Profile pun gambar kahwin sampai aku terpedaya ingat dia perempuan. Hampeh… Aku minta maaf kat Aliyah.

Aku tak de niat nak kacau rumah tangga sesiapa. Dan aku pun ingat Aliyah yang Whatsapp aku tu perempuan! Aliyah sebenar tu mengadu kat aku. Dah dekat sebulan encik A tu m4buk cinta macam orang giIa. Dalam galeri phone penuh gambar aku. Aliyah tunjuk gambar – gambar yang dia snap dari phone suami dia.

Aku ni bukan model dan aku bukan kaki selfi. Aku sedar diri aku ni level muka awam je. Aku tengok gambar tu semua dia ambil dari IG aku. Gambar pun aku tak de sorang – sorang. Dengan husband, dengan anak. Tapi si encik A senget ni pergi crop insan – insan sekeliling aku dalam gambar tu. Siap ada gambar yang pixelated sebab dia crop tu. Gitu pun jadi.

Lepas tu Aliyah call aku. Kesian pulak aku dengar suara dia nangis. Aliyah cerita malam tadi suami dia tak balik. Laki dia kata dia tidur kat rumah aku. GiIa! Aku bagitau Aliyah aku kat rumah mentua aku dari semalam. Aku siap cakap boleh video call aku time tu.

Aku ada bukti. Berani kerana benar. Aliyah setuju. Aku pun terp4ksalah datang kat mama yang tengah p0tong pokok kat halaman. Aliyah tanya mama, aku menantu dia ke. Mama cakap ya. Aliyah tanya mama, bila aku datang rumah mama. Mama cakap pagi semalam.

Fuhhh.. mujur Allah lorongkan aku balik rumah mama. Tak balik rumah sendiri. Mama jawab semua soalan Aliyah lepas tu pandang – pandang aku kerut dahi. Mestilah pelik. Wartawan mana nak interview dia tanya fasal menantu dia ni? Aku bukan artis pun. Influencer pun bukan.

Lepas siap video call tu, mama terus letak gunting pokok dan panggil papa. Aku faham dah. Mesti macam – macam mama nak tanya. Kami duduk sama – sama dekat meja batu. Sambil tu hadap pizza aku yang keras sebab menguli dengan hati yang tak tenang. Mama suruh spill the tea bak kata orang Maran.

Aku pun cerita kat mama apa yang berlaku. Start dari jumpa Sarah, group Whatsapp, fasal reunion dan semuanya sambil nangis – nangis. Tangisan aku tu saling tak tumpah macam menangis salam – salam pagi raya. Penuh penyesalan gitu.

Menyesal wei aku terlayan Aliyah palsu tu. Mama peIuk aku. Papa pulak suruh aku report polis sebab rasa encik A tu macam membah4yakan je. Tapi masa Aliyah video call tadi, Aliyah ada merayu jangan report fasal husband dia sebab husband dia ni kerja gomen tau. Sebab tu dia tau details aku hanya dari no plat kereta je.

Aliyah kata dia takut suami dia hilang kerja. Lepas tu Aliyah ni pun tengah mengandung dan ada empat orang anak lagi yang kecik – kecik. Aliyah ni pulak surirumah macam aku. Aku faham perasaan kena berg4ntung pada suami tu macam mana. Kesian dia.

Papa diam je bila aku cerita situasi Aliyah. Tapi papa cakap beritahulah suami aku. Minta pendapat suami aku macam mana. Time tu jarak suami aku dan aku ni beza 14 jam. Time aku tengah tidur tengah malam, time tu dia lunch bre4k.

Aku ni bersengkang mata sebab tunggu anak tidur dulu dan nak heart to heart menaip panjang kat suami aku. Nak video call tak boleh sebab time tu internet dia macam tak stable sangat. Kang macam ayam dan itik. Aku dah cerita part lain, suami aku baru tanya benda yang aku dah cerita 5 minit lepas. Aku tak boleh. Aku baran karang.

Jadi aku ambik keputusan untuk Whatsapp je la. Husband aku cadangkan aku jangan balik dulu rumah tu sebab risau keselamatan aku. Lepas tu, jangan keluar guna kereta merah kesayangan aku tu. Pakai kereta lain. Pinjam kereta adik ipar.

Lepas tu, husband aku discuss dengan papa untuk jual kereta tu. Beli kereta lain. Sedih aku wei. Aku sayang kereta tu. Husband aku pujuk dia belikan model yang sama, warna yang sama tapi versi upgraded la sebab kereta aku model lama.

Nombor phone aku pun aku tukar. Si encik A tu aku block nombor dia. IG Tiktok aku delete. Tinggal FB aku je la yang dah capai friend limit tu. Lepas tu semua pos aku set friends only. Aku kena ada FB. Kalau tak, mahu aku terputus dengan dunia luar dan isu semasa.

TV kat rumah tu memang anak – anak aku w4rtakan tu depa punya. Kartun memanjang. Gambar aku dekat medsos, semua aku delete. Aku jadi seram pulak ingat si encik A ni gigih crop gambar aku. Bayangkan kalau aku ni kaki selfie, entah apa pulak dia buat dengan gambar tu semua.

Dan aku baru sedar dan faham, kenapa Allah perintahkan wanita ni untuk tidak terlalu menonjol di khalayak. Aku pun time tu terp4ksa hidup macam nomad. Kebanyakan masa aku memang duduk kat rumah mentua aku.

Anak – anak aku happy sebab rumah mentua aku ada kolam, rumah aku ada baldi je. Kadang – kadang aku tidur juga rumah aku. Mentua aku temankan. Tinggal lama sangat takut berh4ntu pulak. Alhamdulillah aku dapat mentua yang sayang aku macam anak sendiri.

Aku cuma kembali ke rumah aku lepas husband aku balik d4rat. Rindu wei kat rumah sendiri. Selang beberapa bulan, Aliyah mesej aku. Dia cakap encik A dapat arahan kena tukar ke Borneo. Dia tanya aku ada report ke. Aku cakap tak ada. Tapi entah. Aku rasa ni ada kaitan dengan papa mentua aku jugak ni. Haaa tu je la cerita aku. Sekian… – Bulan (Bukan nama sebenar)

BACA: ‘Konon tersakiti, kau malukan laki depan orang ada la!’ Individu dedah perangai Isteri Shuk pula?