Sikap sukar dijangka, pengarah filem terkenal dedah sisi gelap Salman Khan

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Baru-baru ini, pengarah terkenal Kabir Khan berkongsi pengalaman bekerjasama dengan pelakon Bollywood, Salman Khan.

Menurutnya, sepanjang kerjasama mereka, Salman tidak pernah menunjukkan sikap kurang ajar terhadapnya.

Kabir mendedahkan bahawa hubungan kerja mereka sentiasa baik.

Salman juga bersikap terbuka dan tidak segan berkongsi idea serta pandangannya mengenai lakonan.

Namun, Kabir turut mengakui terdapat beberapa sisi “buruk” Salman yang kadangkala sukar dielakkan.

Sikap sukar dijangka, pengarah filem terkenal dedah sisi gelap Salman Khan

“Kadang-kadang kami bertengkar dan tidak sependapat dalam banyak perkara. Dalam situasi begitu, Salman biasanya akan merajuk dan mengamuk. Hal ini sering berlaku.

“Walaupun begitu, selepas berbincang, kami selalu dapat mencari jalan penyelesaian. Dia mungkin merungut, membantah, atau mengamuk, tetapi dia tidak pernah bersikap kurang ajar,” ujar Kabir.

Untuk makluman, Kabir Khan dan Salman Khan telah bekerjasama dalam tiga filem popular iaitu Ek Tha Tiger, Bajrangi Bhaijaan, dan Tubelight.

Hubungan profesional mereka yang erat membuktikan keupayaan kedua-duanya untuk menghasilkan karya yang berjaya meskipun berdepan cabaran.

BACA: 6 atlet Malaysia ini bakal gegar kejohanan badminton dunia, no.1 tu banyak kontroversi