saya mahu berkongsi rasa Dan minta pendapat. saya sudah berkahwin dengan suami pada tahun 2015 lagi.
oleh kerna sikap suami yang kasar, panas baran suka cakap perkataan kesat,
Tidak banyak membantu dalam menguruskan anak-anak Dan hal rumahtangga membuatkan saya depression
sehingga saya terjumpa seorang lelaki Yang baik memahami Dan saya cur4ng kepada suami.
Akhirnya setahun lebih yang lalu perbuatan cur4ng saya terkantoi oleh suami hingga menyebabkan suami saya berubah. saya mengaku silap saya. Saya menyesali perbuatan saya. Sehingga saya solat taubat untuk semua kesilapan saya..
saya sudah minta maaf Dan suami maafkan saya. tetapi Dr kes setahun lebih Yang lalu lah sikap suami saya berubah-ubah..sekejap dia okey, sekejap dia tak ok. sekejap dia sayang saya sangat-sangat,
baik sangat-sangat dgn saya tetapi juga adakalanya berubah 100%. dia tiba-tiba jadi orang tidak tentu arah, suka menyindir Dan mgungkit marah-marah kecur4ngan sy Yang lalu Dan membuatkan kami bergaduh.
dalam 2 hari kemudian tiba-tiba juga dia dtg minta maaf Dan berkata fkirannya celaru. sy maafkan. Benda tu akan berulang-ulang sehingga saya penat Dan tertekan. Suami akan okey jika dia menghis4p vape Yang ada isi benda Yang mengkh4yalkan..
Jika dia stop bermula lah lagi fikirannya Yang tidak-tidak. saya rela berhenti kerja supaya suami saya tidak fikir macam-macam lagi tapi memandangkan hanya saya saja yang bekerja
Dan dia buat bisnes sndiri Yang incomenya kadang ada kadang tiada sehingga nafkah sy culas membuatkan saya kena tahan dulu niat saya untuk berhenti.
Jika kesilapan saya Yang lalu suami tidak dapat nak terima. kenapa masih mahu bersama saya. kenapa mesti siksa hati untuk terima saya..
Dia cakap dia ikhlas maafkan saya tetapi tiap kali dia celaru atau ada masalah kewangan mesti dia akan campurkan dgn kes cur4ng saya sebelum ni. apa perlu saya buat? saya buntu.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio