Sifu marketing terkenal ‘koyak’ lepas kena tanya soalan ni. Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat semakin ramai individu yang muncul sebagai ‘sifu pemasaran’, guru bisnes dan seumpamanya dalam usaha menarik orang ramai menyertai seminar yang dianjurkan bagi meningkatkan jumlah jutawan dalam komuniti.
Sering mempamerkan kejayaan anak murid serta aset yang dilabel sebagai ‘simbol kejayaan’ antara yang kerap dilakukan oleh segelintir kelompok ini.
Terbaharu, tular di TikTok @farqhan.com apabila individu yang kerap berkongsi mengenai bisnes serta modal pembukaan francais ini memuat naik sebuah video daripada rakaman TikTok Live seorang guru pemasaran terkenal dalam negara iaitu Najib Asaddok yang telah mendapat perhatian ramai berikutan kekecohan yang berlaku.
Isunya bermula apabila individu yang dikenali dengan nama Farqhan ini bertanyakan soalan kepada Najib Asaddok mengenai bisnes yang pernah dilakukan guru pemasaran tersebut serta yang telah terbukti berjaya.
Di sangka soalan bakal terjawab, Najib Asaddok menerusi dalam video live beliau sebaliknya mempersoal kembali pertanyaan Farqhan. “Soalan yang agak bodoh untuk dijawab. You berjaya apa?” Soal Najib Asaddok. Selain itu, Najib Asaddok turut bertanyakan kepada Farqhan sama ada adakah beliau membuat kelas untuk usahawan atau sebaliknya?
@farqhan.com #jombelajar #learnontiktok #businessguru ♬ original sound – farqhan.com
Najib Asaddok terus menjelaskan dalam video TikTok Live beliau dengan memaklumkan sekiranya membuat kelas mengajar orang ramai itu hina, maka seseorang itu seolah telah menghina pekerjaan Rasulullah.
Farqhan dalam video beliau turut mengambil data daripada laman web Najib Asaddok di mana guru pemasaran ini dikatakan telah mengajar lebih 80,000 usahawan sekaligus membuatkan beliau sekali lagi mempersoal jumlah usahawan yang berjaya daripada lebih 80,000 murid yang diajar.
Perkongsian video yang dibuat telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen di mana majoritinya menyokong tindakan Farqhan. Tidak kurang juga yang berpendapat soalan yang ditanya tidak ada salahnya, sebaliknya sekadar memberi ruang kepada guru pemasaran tersebut menjelaskan bisnes yang berjaya dilakukan sebelum ini.
Video yang dikongsikan kurang daripada 24 jam ini telah meraih lebih 1 juta tontonan serta lebih 7,000 komen di mana majoritinya menyokong tindakan Farqhan.
BACA JUGA :
Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki
Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki
KWSP benar pengeluaran khas untuk kegunaan peribadi
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio