Sibuk? Tak sempat jumpa amil zakat? Ini 6 cara mudah bayar zakat fitrah atas talian buat ramai nak tahu

Oleh MHDAILY

Sibuk? Tak sempat jumpa amil zakat? Ini 6 cara mudah bayar zakat fitrah atas talian buat ramai nak tahu.

Selain melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan, penganut Islam juga diwajibkan membayar zakat fitrah bagi melengkapkan rukun Islam yang keempat.

Semestinya ramai mahu mengetahui platform pembayaran zakat yang tersedia untuk mereka.


Seiring dengan peredaran semasa, kini anda boleh melakukan pembayaran zakat secaras atas talian sahaja dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter fizikal. Jadi, kami sediakan senarai platform pembayaran zakat fitrah yang boleh digunakan anda.

MAE secara lazimnya berfungsi sebagai dompet digital yang lengkap dengan pelbagai ciri dalam memudahkan urusan pengguna Maybank. Antara ciri yang disediakan termasuklah pembayaran zakat secara atas talian.

Platform pembayaran zakat fitrah

Menerusinya, pengguna hanya perlu memilih jenis zakat dan beras lalu masukkan butiran peribadi dan sistem akan mengira secara automatik jumlah bayaran keseluruhan. Selain mesra pengguna, anda boleh lakukan pada bila-bila masa untuk pembayaran tersebut.

Muat turun aplikasi MAE di App Store

Aplikasi Boost
Platform pembayaran zakat fitrah
Aplikasi Boost juga antara yang anda boleh guna untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara atas talian. Anda masih boleh menggunakan perkhidmatan pembayaran zakat tidak kiralah pengguna Basic atau Premium.

Aplikasi ini sedia menawarkan pembayaran zakat fitrah yang lebih efisien dengan beberapa langkah mudah. Anda diingatkan untuk menyediakan baki secukupnya untuk memastikan proses pembayaran yang lancar.

Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store

Muat turun aplikasi Boost di App Store

Platform pembayaran zakat fitrah
Aplikasi The Noor merupakan projek di bawah kelolaan selebriti terkenal Neelofa Mohd Noor yang mana menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan sejumlah servis selaras dengan panduan Islam. Menerusinya, The Noor turut membenarkan transaksi zakat dibuat melalui aplikasinya.

Difahamkan pihak TheNoor berkerjasama dengan beberapa institusi zakat tempatan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah untuk pembayaran Zakat Fitrah. Kaedah pembayaran pula boleh dibuat menerusi kaedah FPX yang menyokong sejumlah besar perbankan utama di Malaysia.

Muat turun aplikasi TheNoor di Google Play Store

Muat turun aplikasi TheNoor di App Store

Aplikasi Tulus

Selain itu, anda juga boleh mencuba aplikasi Tulus yang merupakan aplikasi fintech islam yang membolehkan capaian pantas dan selamat untuk perkhidmatan dan urusan pembayaran berteraskan Islam serta patuh syariah.

Menerusinya, anda boleh membuat pembayaran seperti Zakat, Waqaf, Infaq dan Sedekah secara atas talian sahaja. Menariknya, proses pembayaran transasik berlaku secara real time dan pantas. Malah, anda boleh buat pelbagai pembayaran walau di mana jua pada bila-bila masa.

Muat turun aplikasi Tulus di Google Play Store

Muat turun aplikasi Tulus di App Store

Aplikasi/Portal MyEG

Selain darpada semak saman polis atau seumpamanya, portal MyEG turut menawarkan fungsi pembayaran zakat secara atas talian. Anda bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu untuk proses pembayaran.

Untuk aplikasi pula, ia hanya tersedia untuk pengguna Android sahaja. Proses pembayaran juga mudah untu dibuat disamping mempunyai sokongan untuk pusat pungutan zakat di sejumlah negeri.

Muat turun aplikasi MyEG di Google Play Store

Lawati portal rasmi MyEG di sini

Portal PayHalal

PayHalal pula menawarkan sistem pembayaran menerusi laman sesawang sahaja. Paling menarik sekali adalah ia amat mudah digunakan kerana tiada sebarang pendaftaran diperlukan. Proses pembayaran pula boleh diteruskan seperti biasa selepas beberapa butiran penting dilengkapkan dengan tepat.

Tahun ini turut memperlihatkan tambahan satu lagi negeri disokong iaitu Kedah yang menjadikan sebanyak tiga negeri secara keseluruhannya termasuk Kuala Lumpur dan Kelantan.

Layari portal rasmi PayHalal di sini

Kini anda boleh mengetahui sejumlah platform pembayaran zakat fitrah atas talian yang disediakan untuk kemudahan bersama. Anda juga boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai cakna dan boleh membuat pembayaran mengikut keselesaan masing-masing.

BACA:

“Menang sorak, kampung tergadai”, perumpamaan sesuai untuk mulut celupar MB Kedah bakal susahkan rakyat Kedah

Ini sebab kenapa pemimpin utama Perikatan Nasional takut bersemuka PM di Parlimen yang ramai tak tahu