Siapa Youtuber Aqil Zulkiflee yang ramai budak- budak suka ni biodata beliau

Oleh SURIANI HAMDAN

Ahmad Aqil Zulkiflee, yang lebih dikenali dengan nama Aqil Zulkiflee, adalah seorang bintang media sosial

Yang terkenal dengan tiga saluran di YouTube: Aqil Zulkiflee, Aqil Zulkiflee Gaming, dan Aqil Zulkiflee Shorts.

Aqil diiktiraf di peringkat dunia apabila beliau memenangi kategori Favourite Asian Creator di Nickelodeon Kids’ Choice Awards (KCA) 2023,

Mengalahkan pencipta kandungan terkenal seperti Gen Halilintar (Indonesia), Hikakin (Jepun), dan Niana Guerrero (Filipina).

Biodata

Siapa Youtuber gaming Aqil Zulkiflee yang ramai budak- budak suka ni biodata beliau
Nama Sebenar: Ahmad Aqil bin Zulkiflee

Nama Komersial: Aqil Zulkiflee

Umur: 27 tahun (2023)

Tarikh Lahir: 19 Januari 1996

Asal: Melaka

Keluarga: Anak kedua daripada lima orang adik beradik

Pendidikan: Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan

Kerjaya: Personaliti Media Sosial, Youtuber, Usahawan

Latar Belakang

Aqil merupakan anak kepada pasangan Zulkiflee Ramli (bapa) dan Nurzalilah Abu Bakar (ibu). Adiknya, Ahmad Akid Zulkiflee, juga dikenali sebagai Akiddos, aktif sebagai personaliti media sosial di TikTok.

Saluran YouTube Aqil Zulkiflee mempunyai 1.74 juta pelanggan. Dia turut mengendalikan dua lagi saluran, Aqil Zulkiflee Gaming dan Aqil Zulkiflee Shorts.

Aqil mendaftar akaun YouTube pada September 2015 dan mula aktif menerbitkan kandungan hiburan yang santai pada tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Fakta Menarik

Aqil tidak berasal dari keluarga berada. Dia menggunakan peluang sebagai pencipta kandungan di YouTube untuk menyara keluarganya, sebagai tanda penghargaan dan rasa terima kasih kepada ibu bapanya.

Melalui kerjayanya di YouTube, Aqil berjaya mengumpul pendapatan yang mencukupi untuk membeli rumah dan kereta idamannya.

Selain meraih pendapatan sebagai personaliti laman sosial, Aqil juga melabur dalam perniagaan makanan dengan membuka kedai kafe yang menghidangkan corndog.

Pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 tahun 2021, Aqil menang dalam kategori YouTuber Popular, mengalahkan empat calon Top 5 yang lain: Alieff Irfan, Azfar Heri, Che Nom, dan CikiDot Channel.

Di YouTube, Aqil telah menerima pengiktirafan Silver Play Button dan Gold Play Button.

BACA: “Dulu dia gaji RM800 tak terurus, aku plan nak hancurkan suami, sebab aku yang siapkan dia dulu”