Siapa sangka lelaki asal Penang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Meta

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Meta Platforms Inc., syarikat induk kepada Facebook, Instagram, dan WhatsApp, baru-baru ini mengumumkan

Pelantikan Tan Hock Eng, seorang anak jati Pulau Pinang, sebagai ahli baharu dalam lembaga pengarahnya.

Hock Eng, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Broadcom

sejak tahun 2006, telah menunjukkan kepimpinan cemerlang dalam industri semikonduktor.

Beliau turut memiliki pengalaman luas dalam syarikat antarabangsa lain seperti PepsiCo dan General Motors, di mana beliau bertindak sebagai pengurus kanan.

Siapa sangka lelaki asal Penang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Meta

Selain itu, beliau pernah menjadi Naib Presiden Kewangan di Commodore International serta Pengarah Urusan Pacven Investment.

Hock Eng juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi lembaga Teknologi Peranti Bersepadu, menjadikannya salah satu tokoh yang dihormati dalam bidang teknologi dan kewangan.

Kenyataan Hock Eng Mengenai Pelantikan

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Meta, Hock Eng meluahkan rasa bangga kerana diberi peluang menyertai lembaga pengarah syarikat tersebut.

“Meta memainkan peranan besar dalam pengkomputeran generasi masa hadapan dengan pengembangan platform dan aplikasinya. Saya berharap dapat bekerjasama dengan Mark dan ahli lembaga yang lain untuk membantu Meta mencapai visi jangka panjangnya,” katanya.

Bersama John Arnold di Lembaga Pengarah

Turut menyertai Hock Eng dalam lembaga pengarah Meta adalah John Arnold, pengasas bersama Arnold Ventures, yang mempunyai latar belakang kukuh dalam industri tenaga dan kewangan.

Mark Zuckerberg Sambut Pelantikan

Mark Zuckerberg, Ketua Pegawai Eksekutif Meta, menerusi hantaran di Facebook, menyatakan bahawa penambahan ahli lembaga baharu ini adalah langkah penting bagi merealisasikan objektif syarikat, terutamanya dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan am (AGI).

“Kami kini memberi fokus kepada pembangunan AGI dan pengembangan infrastruktur tenaga berskala besar. Kepakaran mendalam Hock dalam bidang semikonduktor serta pengalaman John dalam aspek kewangan dan tenaga adalah sangat kritikal untuk masa depan Meta,” tulis Zuckerberg.

Beliau turut menambah bahawa Hock Eng telah menjadi penasihat tidak rasmi kepada Meta sebelum pelantikan ini, menjadikan sumbangan beliau semakin penting untuk membantu Meta melangkah ke hadapan dalam pembangunan teknologi.

Pelantikan Tan Hock Eng ke lembaga pengarah Meta membuktikan pengiktirafan terhadap kebolehan anak Malaysia di peringkat global, sekaligus memberikan inspirasi kepada generasi akan datang.

BACA: Pasti jimat poket jika ikut 5 tips selamatkan kereta tenggelam banjir