Siapa sangka, ikan yang ada dalam tin sardin dijual dengan harga RM6 juta!

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Sebuah ikan tuna gergasi telah dijual pada harga yang luar biasa iaitu 207 juta yen (RM5.9 juta)

Dalam satu lelongan yang diadakan di sebuah pasar raya di Jepun, menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Jualan ini mencatatkan harga kedua tertinggi dalam sejarah acara lelongan tahunan yang diadakan sempena sambutan Tahun Baharu di Pasar Ikan Toyosu, Tokyo.

Ikan tuna sirip biru seberat 276 kilogram itu telah menarik perhatian ramai, dengan saiz dan beratnya yang setara dengan sebuah motosikal.

Rangkaian restoran sushi bertaraf bintang Michelin, Onodera Group, muncul sebagai pemenang lelongan tersebut.

Siapa sangka, ikan yang ada dalam tin sardin dijual dengan harga RM6 juta!

Mereka merancang untuk menyajikan ikan tuna gergasi ini di restoran-restoran mereka serta di restoran Nadaman di seluruh negara.

“Ikan ini adalah tuna pertama yang benar-benar membawa tuah. Kami berharap dapat berkongsi keistimewaan ikan ini dengan orang ramai,”

kata Shinji Nagao, wakil Onodera Group, sambil menambah bahawa mereka akan menyajikan tuna tersebut di restoran-restoran mereka.

BACA: ATM dedah sebab apa warga Palestin buat bakar cadar di Wisma transit

1 thought on “Siapa sangka, ikan yang ada dalam tin sardin dijual dengan harga RM6 juta!”

Leave a Comment