Siapa sangka, Hitler sempat merasa hidup gelandangan sebelum jadi pemimpin yang dibenci

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Bagi mereka di luar sana yang sedikit sebanyak mengetahui mengenai sejarah dunia, pasti mengenali nama Adolf Hitler, pemimpin Nazi yang menjadi pencetus Perang Dunia Kedua.

Di sebalik imej kejam dan sering dianggap sebagai pemimpin gila kuasa, yang terkenal dengan penindasan dan pembunuhan berjuta-juta orang Yahudi, terdapat satu fakta yang kurang diketahui mengenai Hitler.

Menurut History, sebelum menjadi ahli politik dan pemimpin diktator, Hitler awalnya merupakan seorang pelukis amatur.

Namun, beberapa peristiwa dalam hidupnya menyebabkan Hitler menjadi ‘pelukis yang tersakiti’ dan berubah menjadi individu yang paling dibenci oleh ramai.

Lukisan sering dinilai ‘tidak memuaskan’

Pada awal tahun 1908, selepas kematian ibunya, Hitler, yang berusia 18 tahun, meninggalkan kampung halamannya di Linz dan berpindah ke Vienna, ibu kota Empayar Austro-Hungary yang penuh kemegahan.

Tidak mahu menjadi penjawat kerajaan seperti yang diinginkan oleh bapanya, tujuan Hitler ke Vienna adalah satu, iaitu untuk mencapai impiannya menjadi seorang pelukis.

Namun, nampaknya impian tersebut tidak tercapai kerana walaupun dia lulus ujian kemasukan pada 1907, kemahiran lukisannya sering dinilai ‘tidak memuaskan’ sehingga dia ditolak masuk Akademi Seni Halus oleh jawatankuasa kemasukan.

Hitler Art Gettyimages 525413903Sumber: History Sketching lukisan hitler. Tak lawa ke eh sampai kena reject? Tidak putus asa selepas kegagalan pertama, Hitler mencuba lagi buat kali kedua pada 1908 untuk memasuki Akademi Seni Halus dan sekali lagi dia menerima berita sedih bahawa mereka menolak kemasukannya lagi.

Hidup sukar selepas gagal masuk akademi

Menurut Hitler dalam autobiografi manifestonya, Mein Kampf, penolakan demi penolakan yang diterimanya daripada pihak akademi tersebut ‘seperti petir yang memanah dirinya’ kerana dia sangat yakin akan berjaya memasuki akademi tersebut.

Disebabkan kesempitan hidup, Hitler terpaksa berpindah dari satu bilik sewa ke bilik sewa yang lain dan kadang-kadang hidup sebagai gelandangan kerana masalah kewangan.

Pada 1909, Hitler cuba mencari pendapatan dengan menjual lukisan minyak dan cat air, yang kebanyakan merupakan lukisan bangunan di Vienna dan ada yang ditiru daripada poskad.

Antara lukisan Hitler yang tidak terjual

Penolakan masuk akademi punca kebencian terhadap Yahudi?

Daripada situ, perasaan anti-Semitisma (perasaan permusuhan atau prejudis terhadap orang Yahudi) dalam diri Hitler mula tumbuh, dan dikatakan juga disebabkan oleh pengaruh politik anti-Semitik yang dibawa oleh datuk bandar Vienna ketika itu, Karl Lueger.

Hitler percaya bahawa professor yang menolak karya seninya adalah Yahudi, dan doktor yang bertanggungjawab atas kematian ibunya juga seorang Yahudi.

Kebenciannya semakin kuat apabila dia merasakan pekerjaan sebagai pembersih salji di bandar yang cantik seperti Vienna dihuni oleh orang Yahudi.

Pada tahun 1910, kebencian terhadap Yahudi ini sudah tertanam dengan mendalam dalam hatinya dan telah membentuk dirinya serta ideologinya untuk menyatukan Jerman dan Austria.

Hitler akhirnya menyertai tentera & balas dendam pada seni

Keinginan untuk keluar dari kesempitan hidup di Vienna mendorongnya untuk menyertai Tentera Austria pada tahun 1914, tetapi kerana masalah kesihatan akibat faktor pemakanan dan tidur yang tidak menentu, dia gagal.

Namun, Hitler, seperti yang kita semua tahu, bukan jenis yang mudah putus asa. Pada tahun yang sama, dia menyeberangi sempadan ke Jerman dan memohon untuk menyertai tentera Jerman. Kali ini nasib menyebelahi, dan permohonannya diterima walaupun dia seorang warga Austria. Pada masa itu, Perang Dunia Pertama baru sahaja bermula.

Dekad berlalu, ‘dendam’ Hitler terhadap seni moden masih jelas. Pada 1937, Nazi mengumpul lebih daripada 16,000 hasil seni yang dianggap merosot dan merupakan ancaman kepada i…

BACA: “Dulu suami hina aku cakap macam kucing kurap, kini dia pula kena kurung, rupanya dia tak berani bersuara pada bini muda”