Siapa sangka dengan simkad pun boleh buat duit tepi, ini rahsianya ramai tak tahu
Pantasnya waktu berlalu, pejam celik je, COVID-19 kini dah pun menjangkau setahun sejak mula tercetus pada hujung tahun 2019.
Siapa sangka, pandemik ini telah mengubah kehidupan kita terutama dari segi kewangan. Ia tempoh-tempoh sukar yang perlu dilalui oleh semua orang.
Dalam tempoh ini juga, ramai yang melakukan pelbagai kerja untuk menjana pendapatan termasuk melakukan bisnes online.
Tapi bukan bisnes online je yang boleh jana duit, ada cara lain yang boleh membantu anda mendapatkan ‘duit tepi’. Macam mana nak dapat? Ayuh tengok caranya di bawah ini.
Bagi anda yang masih lagi tidak tahu, YTL Communications melalui YES telah membuat satu inisiatif program YES Kasi Up Rujuk dan Jana (Refer and Earn) yang menggunakan model rujukan pelanggan.
Haa, dengan program inilah yang boleh memberikan ‘duit tepi’ untuk anda! Jika berjaya share dan rujuk pelan YES kepada kawan-kawan, ganjaran wang tunai sehingga RM50 akan diberikan kepada anda.
Tapi bukan anda sorang je dapat tau, kawan anda pun akan dapat juga dengan nilai yang sama.
Tak perlukan sebarang kemahiran istimewa, tiada latihan dan tiada modal diperlukan, program ini salah satu usaha YES untuk membantu anda jana pendapatan dalam keadaan pandemik COVID-19 yang sukar ini. Lagi banyak anda rujuk, lagi banyak dapat Unlimited Duit!
Bukan itu je, anda boleh keluarkan duit itu bila rasa nak guna atau kekalkan je dalam In Wallet yang ada dalam aplikasi MyYes.
Wah! Kiranya selain dari bisnes online, anda juga dapat jana income melalui pelan YES Kasi Up ini.
Tapi sebelum itu, pastikan anda langgan dulu pelan prabayar YES Kasi Up sebelum nak jadi perujuk.
Apa yang menariknya pelan prabayar tu? Jom kita ‘selidik’ kat bawah ni!
Kasi Up Prabayar 15
Siap sedia sebab anda kini boleh dapatkan 10GB sebulan dengan harga hanya RM15 melalui pelan Kasi Up Prabayar 15. Jangan risau, tempoh sah juga akan diberi selama 30 hari.
Pelan ini termurah dalam pasaran telco yang sedia ada, dengan menawarkan jumlah data tertinggi dan tempoh sah paling lama. Wow! Kalau nak bandingkan pelan yang sama dengan syarikat telco lain dalam pasaran hari ini, ia adalah sekitar RM30 sebulan.
Bukan itu sahaja, YES juga menawarkan harga tambah nilai data yang paling murah dalam pasaran iaitu sebanyak RM1 untuk 1GB data.
Mana lagi nak cari yang murah macam ni? Hanya YES je yang ada harga data paling murah dan berpatutan untuk anda.
Dapat data free dengan YES DATABACK
Tidak ketinggalan untuk yang suka shopping online, YES akan bagi data free untuk anda bila shopping di Shopee. Biar betul! Macam mana nak dapat data free tu?
Dengan setiap pembelian RM50 di Shopee, anda akan dapat sebanyak 5GB data percuma dan akan terima sehingga 100GB setiap bulan.
Bukan itu je, anda juga boleh dapat YES Kasi Up Prabayar 15 dengan hanya RM1 jika pertama kali beli SIM YES dalam Shopee. Kad SIM itu akan dihantar terus ke rumah anda secara percuma!
Bila dah dapat SIM, anda kena aktifkannya melalui aplikasi MyYes dan boleh mula tebus YES DATABACK anda.
Jelas sekali, kesemua inisiatif YES ini bukan sahaja boleh membantu peniaga online tapi juga untuk anda yang membuat kerja, belajar, stream video dan pelbagai kegunaan yang lain.
Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan pelan-pelan YES Kasi Up sekarang! Bila lagi nak dapatkan harga murah macam ni.
Duit pun dapat, data percuma pun dapat, jimat pulak tu. Rugilah kalau tak guna YES ni!
Untuk tahu lebih lanjut mengenai semua pelan tersebut, anda juga boleh layari laman web rasmi YES serta boleh download aplikasi MyYes di Google Play atau Apple Store.
BACA:
Akibat kecuaian sampai hilang kaki kanan, lelaki ini menang saman RM1.3 juta dengan Hospital Melaka