Shuib join kumpulan Ubi, ini reaksi peminat Sepahtu

Oleh MHDAILY

Shuib join kumpulan Ubi, ini reaksi peminat Sepahtu. Gara-gara pendedahan pelawak dan juga penyampai radio, Jep Sepahtu mengenai kemelut yang berlaku

Antara Shuib yang dikatakan ‘merajuk’ dan enggan lagi menyertai Sepahtu Reunion Live (SRL), pengasas minuman Bubble Bee itu dikecam segelintir netizen.

Sebelum ini, Jep mendedahkan bahawa Shuib sebenarnya digantung daripada membuat persembahan berikutan insiden lawak lucah dalam salah satu episod SRL.

Shuib join kumpulan Ubi, ini reaksi peminat Sepahtu

Shuib dikatakan masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan pihak penerbit dan membiarkan SRL ‘tergantung’ kerana dia ada memaklumkan untuk berehat dari dunia seni namun masih menyertai beberapa rancangan hiburan dan bergelar penyampai radio.

Shuib kini bergelar salah seorang daripada kumpulan lawak Ubi bersama Ajak Shiro, Fad, Sharif dan juga Namie.

Komen SHuib

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Berikutan kata dua yang diuar-uarkan Jep itu, sesetengah netizen merasakan bahawa Shuib sepatutnya tampil memohon maaf kepada kumpulan Sepahtu dan menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi, bukannya memutar belit cerita.

Malah, ada yang meminta Shuib untuk membuang nama Sepahtu yang telah membantunya untuk menjadi seorang selebriti, suatu ketika dahulu.

BACA: 

Ustaz Wadi Annuar pula dihalang ceramah di Selangor, sekali ini jawapan MB Selangor

“Dah bertahun kahwin, hidup bahagia dengan suami siap dapat anak lagi, rupanya laki aku tu abang kandung sendiri”