Shuib didakwa ‘nampak’ macam cepat lupa arwah isteri? Sekali bapa Siti Sarah titip pesan buat Watie

Oleh MHDAILY

Shuib didakwa ‘nampak’ macam cepat lupa arwah isteri? Sekali bapa Siti Sarah titip pesan buat Watie

Bekas bapa mentua kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Raissuddin Hamzah yakin Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, atau Watie mampu menjaga empat cucunya dengan baik.

Raissuddin yang ditemui selepas majlis akad nikah Shuib dan Watie, Jumaat lalu

Shuib didakwa 'nampak' macam cepat lupa arwah isteri? Sekali bapa Siti Sarah titip pesan buat Watie

Di laporkan berkata melihat kepada keakraban Watie dengan cucu-cucunya, dia yakin usahawan itu mampu menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab.

“Saya lihat Watie rapat dengan cucu-cucu, insya-Allah saya percaya dia boleh menjadi ibu yang baik.

“Saya ada bercakap dengan Watie dan menitipkan pesan agar dia menjaga empat anak tirinya seperti anak sendiri.

“Apa yang bakal berlaku di hadapan biarlah Allah yang tentukan. Setakat ini, saya yakin Watie mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik,” kata Raissuddin.

Raissuddin yang juga bapa kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengakui gembira dengan perkahwinan menantunya.

Katanya, walaupun anaknya sudah meninggal dunia, tetapi Shuib tidak pernah meminggirkannya, malah sering mengutamakannya dalam segala hal sehingga hari ini.

Raissuddin menambah, dia juga tidak kisah seandainya menantunya itu lebih mengutamakan Watie berbanding dirinya kerana memang itulah seharusnya dilakukan sebagai suami.

“Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu.

“Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

“Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi,” katanya.

Ditanya apa nasihat yang dititipkan, katanya, tiada sebarang pesanan diberikan kepada menantunya itu kerana dia yakin Shuib seorang yang sangat bertanggungjawab.

“Tiada apa yang ingin saya nasihatkan, Shuib seorang yang sangat prihatin dan akan mendahulukan keluarga dalam apa juga perkara,” katanya.

Shuib bergelar suami kepada Watie pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya.

Sebelum ini, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

BACA:

Rupanya ramai tak minta izin suami bila isteri nak puasa ganti atau puasa sunat, ini sebabnya dedah Ustaz