Shiela Rusly naik angin, hilang sabar dengan peserta, “baru hari pertama tu..”

Oleh MHDAILY

Shiela Rusly naik angin, hilang sabar dengan peserta, “baru hari pertama tu..”. Episod pertama program realiti masakan, Dapur Tempur yang bakal bersiaran sebanyak lapan episod itu bakal menemui penonton bermula 3 November ini, setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV9.

Program ini membawakan 8 pasangan keluarga yang berentap untuk menjadi juara. Menampilkan Yasmin Hani sebagai hos manakala juri tetap pula adalah Sheila Rusly serta Chef Adu Amran.

Bercakap mengenai juri tetap iaitu Sheila Rusly, siapa je yang tak kenal dengan selebriti popular ini yang cukup sinonim dengan karakter yang tegas dan berterus-terang.

Episod pertama pun dah ‘panas’?

Katanya episod pertama pun sudah ‘panas’ apabila masakan peserta Dapur Tempur dikatakan tidak menepati ‘level’ pertandingan masakan serta mendapat komen pedas daripada juri tetap, Sheila Rusly? Apa menu masakan peserta Dapur Tempur sampai juri ‘naik angin’ tu?

Shiela Rusly naik angin, hilang sabar dengan peserta, "baru hari pertama tu.."

Apa yang terjadi sebenarnya? Dapatkah para peserta menyiapkan tugasan yang diberi? Apakah ada penyingkiran pada episod pertama? Jangan lupa tonton Dapur Tempur pada 3 November ini di saluran TV9.

Untuk minggu pertama ini, hanya 4 pasangan keluarga sahaja yang bertempur iaitu pasangan bapa & anak saudara “Pendekar Malaya” (Irfan Hariz S Miswandi, 20 & Mohd Haizal Ismail, 47), pasangan ibu & anak “Sudap Sudip” (Halifah Jaafar, 59 & Muhammad Ariff Haron, 37), pasangan suami isteri “Selerak Selegho” (Muzhaffar Mohamed, 32 & Shaidhatul Aqmalis Zainul Akmal, 29) dan pasangan kakak & adik “9Siblings” (Nusaybah Che Anuwa, 38 & Tasnim Che Anuwa, 29).

BACA:

Netizen naik angin tengok gelagat isteri Nazri Aziz

Mohamad Sabu ‘naik angin’ cara kerajaan PN layan Anwar Ibrahim

Petani tunjuk skil ‘halau angin’ waktu puting beliung