Shahir dedah sesuatu tentang isterinya buat ramai terkejut

Oleh MHDAILY

Shahir dedah sesuatu tentang isterinya buat ramai terkejut. Penyanyi Shahir Zawawi, 34, mengakui bahagia selepas berkahwin, ia boleh dilihat menerusi fizikal yang lebih berisi.

Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu tanpa segan berkongsi, berat badannya menaik selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Jaskin Jaludin, 30.

“Selepas kahwin saya semakin berisi. Alhamdulillah, semuanya lebih teratur dan pemakanan juga terjaga.

“Kalau nak tanya berapa banyak badan naik, anda tengok sudah tahu. Isteri saya memang pandai memasak.

“Masa bujang saya boleh kawal pemakanan, tetapi sekarang, bila isteri masak takkan saya tak nak makan,” katanya kepada BH Online.

Shahir dedah sesuatu tentang isterinya buat ramai terkejut

Diajukan persoalan adakah risau berat badannya naik, juara program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu berkata, dia menerima penampilan baharu dengan sikap terbuka.

“Dahulu, saya tidak suka keluar dalam media sosial apabila badan saya berisi. Tetapi, sekarang saya amalkan konsep reda apabila bersama ustaz.

“Jadi, saya reda sahaja berat badan sekarang. Yang penting, saya sihat,” katanya.

Dicuit mengenai cahaya mata, Shahir berkata, dia menyerahkannya pada rezeki Allah.

“Semuanya bergantung kepada rezeki. Saya tidak merancang sama ada nak ada anak atau menangguhkannya. Jika rezeki cepat, Alhamdulillah.

“Kita berdoa mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki. Tetapi buat masa ini, belum lagi.

“Saya nampak seperti mengandung, tetapi tidak,” katanya sambil berseloroh.

Shahir ditemui selepas menjayakan Konsert Nasyid Legenda di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Shahir akan menjadikan rakaman majlis perkahwinan sebagai video muzik single baharu berjudul Halal yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Terdahulu, Shahir selamat diijabkabulkan dengan Jaskin dengan sekali lafaz di sebuah premis perkahwinan di One City, Subang Jaya pada 3 September lalu.

Shahir mengikat tali pertunangan dengan wanita kelahiran Tawau, Sabah itu pada 16 Julai lalu selepas mengenalinya menerusi Instagram (IG) pada Aidilfitri lalu.

BACA:

Zahid tak jadi umum 6 kerusi parlimen

PU Rahmat sekolahkan founder kosmetik terkenal buat marketing depan Kaabah

Stereng bas rosak, bas bawa 30 murid kemalangan di Gua Musang