Shahir bakal bertunang dengan gadis Sabah hari ini. Penyanyi Shahir Zawawi mengesahkan bakal bertunang dengan wanita berasal dari Tawau, Sabah, hari ini .
Shahir atau nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi, 33, berkata majlis berlangsung di kediaman keluarga bakal tunangnya di Tawau selepas Zuhur.
“Untuk majlis pertunangan itu, saya akan menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
“Insya-Allah majlis perkahwinan dirancang dalam masa terdekat. Ini bermakna pertunangan kami tidak mengambil masa panjang,” katanya kepada BH Online.
Belum bersedia mendedahkan wajah bakal tunangnya itu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan mengaku mereka berkenalan melalui Instagram (IG).
“Bakal tunang berusia 30 tahun dan mengusahakan produk. Kami berkenalan menerusi IG selepas Aidilfitri lalu. Saya memilih dia sebagai calon isteri kerana menepati ciri-ciri wanita Idaman.
“Hubungan kami bukanlah main-main dan disebabkan itu kami memilih untuk terus bertunang.
“Selepas selesai majlis pertunangan, barulah saya perkenalkan dirinya kepada semua,” janjinya.
Shahir yang baru tiba di Tawau, malam tadi memaklumkan kehadirannya ditemani saudara terdekat.
Jun lalu, Juara Akademi Fantasia (AF) Kelapan ini menamatkan spekulasi kisah cintanya apabila mengumumkan bakal bertunang pertengahan bulan ini dan sudah menghadiri kursus kahwin.
BACA:
Selepas suami, isteri pula iringi suami meninggal dunia di Makkah, “tak sampai 24 jam”
Donald Trump kehilangan isteri pertama
Panik tengok asap tebal dan bau pelik, rupanya polis bakar ganja lebih 1.5 Tan