Shafinaz akui banyak melabur untuk digelar ‘vampire’. Digelar ‘v4mpire’ disebabkan awet muda, juri tetap Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Datuk Syafinaz Selamat menegaskan wajahnya adalah asli tanpa sebarang pembedahan plastik.“Muka saya 0riginal ya! Sejak usia 16 tahun, saya sudah mula menjaga kulit saya. Jujurnya, saya sangat menjaga kulit muka dan kulit badan saya kerana kulit saya jenis s3nsitif.
“Jadi saya sebenarnya meIabur dari segi masa dan wang untuk memastikan kulit saya kekal bersih dan sihat.“Tapi nak kata bersih macam Fazura tidaklah, tapi untuk wanita yang seusia saya, saya bersyukur memiliki kulit yang sihat,” katanya kepada Gempak.
Syafinaz ditemui ketika majlis sidang media Anugerah Seri Angkasa 2022 yang diadakan di Kementerian Komunikasi & MuItimedia pada baru-baru ini.Jika bertemu Syafinaz Selamat, dua soalan kIise yang sering diajukan ialah mengenai album terbaru serta perihal kahwin.
Guru vokal dan pensyarah muzik ini mengakui dua persoalan itu terus bermain di fikiran namun kesibukan membataskannya.Demikian juga dengan kisah kahwin. Di saat usianya kini, Syafinaz memang layak untuk dicintai dan mencintai tetapi jelas sekali beliau masih berstatus solo. Ikuti penjelasan penyanyi lagu Ingin Bersamamu ini.
“Macam mana nak kahwin kalau hari-hari saya sibuk dengan k0mitmen kerja. Malah dek kesibukan ini juga, album saya terus tertunda. Album saya kini sudah selesai pr0ses adunan. Tapi sesibuk manapun, saya kena pastikan tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari.
Berkongsi mengenai tips penjagaan kulitnya, Syafinaz berkata dia sentiasa mengamalkan pemakaian ‘mask’ muka dengan kerap.“Kadang-kadang dalam sehari saya memakai ‘mask’ sebanyak dua kali. Dan saya juga memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,” ujarya.