“Hari Rabu (kita) ‘haramkan’, tiada gula (di Parlimen) untuk mengamalkan gaya hidup sihat, kita akan pantau.
“Setiap Rabu bermula 14 Oktober (akan diumumkan) sebagai hari tanpa gula,
” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini selepas Sesi Libat Urus Bersama Pengamal Media.
Pada 13 September lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh,
Melancarkan kempen ‘Jom Kosong’ yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat
Dengan minuman tanpa gula, yang akan diperluas ke seluruh negara secara berperingkat.
Beliau menyatakan bahawa usaha ini akan melibatkan penyertaan lebih ramai pengusaha restoran dan kedai makanan segera, selaras dengan usaha Kempen Perangi Gula yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 8 September lalu.
Setakat ini, kempen tersebut mendapat sokongan daripada kira-kira 14,000 kedai makanan di seluruh negara.
Sementara itu, Johari juga menyatakan bahawa beliau akan terus mewajibkan ahli Parlimen menjalani program pemeriksaan kesihatan.
Katanya, melalui langkah ini, terdapat ahli Parlimen yang berjaya mengesan penyakit yang dialami sejak awal.
“Setakat ini, banyak juga yang saya difahamkan (ahli Parlimen) telah terjumpa (penyakit).. bila mereka tahu, mereka mula berjumpa doktor dan mengambil ubat.
“Ia adalah kemajuan yang baik dan saya akan teruskan (program pemeriksaan kesihatan),” katanya lagi.