“Setiap hari aku manis muka depan suami tapi sebenarnya aku dah siap surat fasakh dan beli beg eco supaya suami boleh keluar dari rumah ni”

Oleh FAHMI ABBAS

Assalamualaikum. Pertama sekali, maaf jika setelah luahan ini dibaca, aku menyelitkan perasaan tidak baik atau negatif

Aku menulis sewaktu aku sedang merenung garis ungu hijau di tangan aku.Untuk apa aku juga kurang suka dengan apa yang bermain di fikiran aku saat ini.

Berselang seli dengan imbasan nasib diri. Entah nasib aku kurang beruntung atau aku yang dilahirkan siaI.

"Setiap hari aku manis muka depan suami tapi sebenarnya aku dah siap surat fasakh dan beli beg eco supaya suami boleh keluar dari rumah ni"

Ke mana dan di mana saja aku akan bawa maIapetaka. Aku anak sulung perempuan dan mempunyai seorang adik lelaki.

Aku adalah anak yang kurang cerdik, kurang berjaya, kurang ramah, kurang aktif, kurang berbakat berbanding adik aku. Adik aku pelajar cemerlang, ramai kenalan, mempunyai rupa dan karakter yang menawan ramai orang terutama ibu aku.

Maka istilah anak kegemaran aku sudah faham benar istilah itu sedari kecil. Hingga tidak ada lagi cemburu, yang ada rasa sedih dan kecewa saat dilakukan dengan tidak adil. Itu juga aku pilih untuk dipendam semuanya. Demi ketenangan bersama. Bapa aku tidak peduli sama sekali.

Walaupun bapa lebih bekerjaya dan bergaji lebih tinggi berbanding ibu yang bekerja sebagai kerani, ibulah yang menanggung kami sekeluarga. Ibulah yang membuat jualan sebagai hasil tambahan untuk aku dan adik. Bapa sering outstation.

Aku juga sudah tahu ketegangan antara ibu dan bapa ketika mereka bertingkah lidah, ketika ibu menangis mengadu nasib setelah selesai solat. Aku sebagai anak yang agak nakal berbanding adik, aku suka membelek – belek telefon bimbit bapa.

Ketika itulah, takdir Allah menemukan aku dengan pesanan – pesanan bapa bersama skandal – skandalnya. Skandal sejenis. Aku menangis. Meraung sekuat hati pada hari aku menemukan itu. Malam itu, kami tidur di ruang tamu sekeluarga.

Turutannya, adik, bapa, ibu dan aku. Aku menangis teresak – esak, tidak mau adik tidur bersebeIahan bapa. Aku takut adik diapa – apakan. Iya itu aku, aku tidak mampu menyembunyikan perasaan. Apa juga yang aku rasakan, seluruh fizikal aku akan menyampaikan ke dunia.

Akhirnya adik menukar tempat tidur di sebeIah aku berbataskan bantal. Itu pun aku tidak tidur semalaman untuk menjaga adik aku. Bapa mulai merasakan itu, dia merasakan aku tahu apa yang seharusnya aku tidak tahu.

Saat aku menerima keputvsan SPM, walau tidak cemerlang di mata ibu, aku berbangga kerana aku sahaja yang tahu betapa susahnya aku bergelut untuk keputvsan itu. Untuk setiap perbandingan dan kekecewaan yang dizahirkan ibu setiap hari, aku tadah dengan penuh sabar.

Aku terima semua caci m4ki yang berjaya membuat diri aku merasa tiada nilai. Tiba – tiba aku menerima tawaran dari universiti tempatan untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perguaman. Antara cita – cita yang aku konsisten pilih di setiap waktu guru bertanya tentang cita – cita.

Ibu tidak bersetuju. Aku tidak akan mampu katanya. Aku terlalu lemah katanya. Maka dia mem4ksa aku memilih bidang kerja di kerajaan yang menurutnya lebih sesuai buat aku. Aku juga boleh meminta posting di kampung katanya.

Sebagai anak yang telah mengecewakan keluarga, apa pilihan yang aku ada selain menurut dengan kemahuan ibu. Rezeki Allah atur untuk berada dekat dengan ibu, aku posting di kampung aku. Maka aku berusaha setiap hari untuk mencintai pekerjaan yang dipilih untuk aku.

Bapa aku sudah mula bertaubat sejak aku mula bekerja. Tapi tidak konsisten. Sikap aku pula sejak menemukan hal itu, agak agresif dan tertutup untuk bapa. Bapa pula perlahan – lahan cuba mendekatkan diri pada anak – anak. Agak terlewat tapi setidaknya dia mencuba.

Setelah beberapa tahun bekerja, ibu cuba menjodohkan aku dengan seseorang. Adik pada kenalannya. Aku tidak pernah bercinta sama sekali. Sewaktu sekolah, sewaktu universiti malah sehingga alam pekerjaan, aku berfikir jika aku menjaga, Allah akan titipkan yang menjaga juga kan? Benarkan?

Itu yang dibahaskan bersama kakak abang senior sewaktu usrah di universiti. Maka aku pegang itu. Sehinggalah aku dijodohkan dengan A. Aku berjumpa dengan A tiga kali bertemankan keluarga. Ibu bertanyakan jika aku mahu teruskan atau tidak.

Aku memilih meneruskan atas desakan ibu saud4ra yang sangat suka mengkhawatirkan urusan keluarga saud4ra mara berbanding keluarganya sendiri. Maka kami memutuskan untuk bertunang. Sebulan sebelum tarikh perkahwinan, bapa dijemput Ilahi.

Akulah orang terakhir yang memegang tangan bapa yang sem4kin sejuk. Malah pada waktu itu sudah Allah tunjukkan, A tidak mahu pulang dari percutian bersama keluarganya di luar daerah kerana takut tinggal berseorangan di rumahnya jika pulang hari itu.

Tapi aku buta. Tidak mengapa kata aku. Esoknya A datang bersama abangnya. Aku lihat saja mereka dari bilik, sedikit kecewa. Tiba waktu aku menikah, aku bahagia kerana waktu itu, minda aku masih berpaksikan, perkahwinan adalah pencapaian. Aku salah.

Aku dan A tinggal bersama ibu buat menemani ibu yang berkeseorangan di rumah setelah pemergian bapa. Adik pula bekerja di luar negeri. Maka A tidak menanggung nafkah rumah. Aku juga membayar segala perbelanjaan di rumah.

Maka itu juga A tidak tanggung. Ibu tak sedap hati, takut perkahwinan tidak berkat, ibu meminta A bayar separuh bil api dan air. A mengomel. Aku pula diberi rezeki bunting pelamin. Ayat yang pernah dituturkan A dan ayat itu lah yang menjadi Iuka yang tidak pernah sembuh.

“Entah anak siapa tu dalam perut” Sifat A setiap hari sem4kin meny4kitkan. Di luar orang melihatnya sebagai seorang yang berpewatakan lembut dan profesional. Di rumah, di mata aku, bersaksikan malaik4t di kiri kanan aku, setiap air mata yang mengalir sewaktu aku mengandung, dihasilkan si A.

Nafkah sem4kin hari sem4kin tiada. Gajinya habis semua buat membayar personal loan yang diambilnya sebelum perkahwinan kami. Personal loan buat perkakasan rumah dan barangan branded yang dia gemari. Biar papa asal bergaya adalah motto hidupnya.

Bergaji 2K dengan penolakan hutang piutangnya, dia besi keras mengambil loan baru untuk Honda City. Ketika mendapatkan bonus, bukan disimpan duit buat anak yang bakal lahir atau setidaknya diberi pada isteri yang menanggungnya sepanjang perkahwinan, malah dibelanja untuk sport rim dan monitor kereta.

Lahirnya puteraku, wajahnya banyak irasnya dengan si A. Jadi itu sudah menjawab ayat biadab si A yang meragukan kandungan aku. Di hospitaI, ibu aku dibiarkan tidur di lantai tanpa lapi selimut atau toto. Si A tidur nyenyak berselimut.

Jika badan aku tidak terasa mau terbahagi dua setelah bersalin, sudah aku benam kepala jantan tak sedar diri itu ke tingkat bawah hospitaI. Beberapa kali juga si A pernah bertekak lidah dengan ibu kerana ibu menanyakan tentang aku yang dilihat ibu sem4kin murung.

Si A akan menyenaraikan segala keburukan aku pada ibu. Aku pula saat ibu bertanya tentang si A, aku cuma katakan kami perIukan lebih masa untuk kenal antara satu sama lain. Memang benar, aku sering mengajak solat berjemaah (dia tidak mahu) dan cuba ajak berbual setelah selesai solat.

Aku tanyakan jika ada apa – apa kekurangan diri aku yang si A tidak berkenan, katakan supaya aku dapat berubah. Setiap kali katanya tiada tapi sentiasa ada sewaktu bertekak lidah bersama ibu aku. Ibu aku sudah tua, kenapa diperlakukan begitu.

Satu hari sewaktu si A memandu membawa kami sekeluarga ke rumah saud4ra, si A salah faham tentang respon ibu, jadi dia menengking ibu lalu memecut laju keretanya. Ada bayiku dan adik aku pada waktu itu menyaksikan si A bersalin kulit sebenar.

Adik terk3jut kerana selama ini dia berfikir, aku baik – baik sahaja. Sejak itu, aku tidak lagi mesra seperti suatu masa dulu dengan si A. Jika dulu pulang ke kampungnya, anak – anak saud4ranya dan emak si A akan menyapaku dulu berbanding dia dan aku sahut dengan ramah mesra.

Aku memilih untuk tidak lagi kerap mengikutnya pulang. Nafkah juga sudah lebih 6 bulan tidak diberikan atas alasan tidak cukup duit belanja. Dia masih memakai jam RM600 dan Honda City. Aku pula menjual cincin perkahwinan buat membeli susu dan pampers anak aku.

Aku juga memasang whatsapp web scan QR code dan semuanya terlihat di telefon bimbit aku. Dari situ aku baru tahu, si A ramai kekasih gelap, emak si A dan adik beradiknya adalah penyokong utama sikap si A yang manipulatif dan biadap terhadap kami.

Mungkin kerana ini ipar – ipar aku ketika bertandang ke rumah emak, akan berkumpul bergosip tentang kelakuan adik beradik si A dan emak si A. Aku sebagai ipar paling muda sering memilih untuk tidak mendengar terlalu lama buat menjaga hati emak yang mendengarkan setiap isi perbualan menantu – menantunya.

Ya mereka bergosip di hadapan ahli keluarga yang lain. Ini situasi yang paling janggal menurut aku sewaktu baru berkumpul beramai – ramai. Aku screensh0t setiap aktiviti kecurangan dan setiap kata – kata ‘hasutan’ dari emak pada si A.

Persiapan buat hari penting yang sudah terdetik di hati aku untuk sekian lama. – Gagal (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum andai penulisan kali ini terlintas di mata pembaca, terima kasih dan maaf aku titip buat admin yang mengizinkan nukilan jiwa dan luahan rasa aku dikongsikan di sini.

Percayalah, jika ada jiwa yang tersiksa membaca luahan aku, admin lah yang paling tersiksa kerana perlu meneliti setiap bait kata dalam naskah yang meleret ini sebelum dikongsikan.

Aku adalah manusia berjiwa sastera yang terp4ksa mengikuti aliran sains. Penggemar cerpen penulisan S Othman Kelantan dan seni lukis yang harus bersengkang mata menghafal hukvm fizik dan formula kimia.

Maaf, dari mukadimah aku juga pasti telah dapat dibaca gerak hati kalian, luahan kali ini juga akan sama seperti sebelumnya.

Cuma kali ini, isinya ada sinar, ada warna dan senyuman. Setelah aku kumpulkan screensh0t hasil hasutan emak si A, sesi ‘ramah-mesra’ bersama skandal – skandalnya, resit – resit perbelanjaan barangan branded si A, resit – resit perbelanjaan rumah, keperluan anak aku dan bil rumah (yang tidak lagi dibayar si A).

Aku fotostat semuanya dan kumpul di satu fail untuk tatapan peguam lantikan keluarga aku untuk memohon fasakh. Aku memohon ibu dan adik supaya dilakukan semuanya dengan senyap tanpa pengetahuan si A. Jadi aku bermanis muka setiap hari seperti biasanya.

Tetap peranan aku sebagai isteri aku lakukan selama mana aku masih isterinya yang sah. Cuma satu yang aku tidak lakukan. Tidur bersama kerana yang paling aku takuti adalah mendapat satu lagi anak ber bin kan manusia binatang ini.

Tidak pernah padam kata – kata yang tersembur dari mulut ner4ka itu dari ingatan aku. Tidak akan aku lupa sehingga jasad aku ditelan tanah. Sampai saatnya aku bawa anak aku ke rumah saud4ra. Adik menunggu si A di rumah ibu.

Adik memberikan surat fasakh kepada si A dan beg eco yang bersaiz besar. Intipati surat itu adalah segala perbuatan si A pada aku selama 3 tahun. Beg eco saiz besar untuk tereban segala barangnya untuk dia pindah keluar hari itu juga.

Permintaannya untuk pindah esok ditolak mentah – mentah. Keluar saja dia dari rumah kami, pertama yang kami lakukan, menukar semua kunci, mangga dan password yang diketahui si A. Kumpul barang – barang si A yang masih tersisa di dalam satu kotak.

Mudah dilempar tika tuannya datang mencari masalah. Si A cuba menghubungi aku. Sekali, dua kali, berkali – kali. Aku biar. Si A cuba menghantar pesanan di whatsapp.

Ada nada marah di bait pesannya. Sedikit jengkel, jadi aku hantar profile picture perempuan – perempuannya dan screensh0t chat emaknya.

Si A diam. Tidak lagi menghubungi. Cuma satu akhir pesannya meminta maaf dan meminta halalkan semua buat dirinya. Teruskan bermimpi. Satu sen tidak akan halal.

Hiduplah dengan rasa itu selama kau bernafas manusia. Hiduplah dengan rasa itu setiap kali kau menatap anak kecil yang menyerupai kau. – Gagal (Bukan nama sebenar)

BACA: Doktor pelik kenapa buruh binaan Bangladesh ini pakar dengan jenis ubat, rupanya ahli farmasi di Bangladesh