Assalammuallaikum, nama saya Melur (Bukan nama sebenar). Saya merupakan seorang wanita berumur 26 tahun
Dan saya menulis coretan ini adalah untuk menceritakan tentang rumah tangga saya dan untuk mendapat idea dari rakan – rakan di sini.
Saya berkahwin dengan suami pada bulan Mac 2023 umur suami 29 tahun, kami kenal pada PKP 2020 dan saya mengambil keputusan
untuk berkahwin dengan dia disebabkan dia suka kepada saya dan saya pun suka kepada dia.
Sebelum berkahwin, kami kerja bersama-sama di sebuah Syarik4t Swasta di Selangor dan kami menyewa di Kawasan yang berhampiran agar kerap berjumpa. Hari demi hari, kami menguruskan majlis perkahwinan kami walaupun dari jauh semua dipermudahkan.
Sebelum sebulan berkahwin, saya telah mendapat kerja Kerajaan dan selepas berkahwin, saya telah dapat posting di Johor iaitu dekat dengan rumah keluarga saya.
Disebabkan jauh, kami jumpa sebulan sekali sahaja kerana cuti negeri yang berbeza iaitu saya di Johor manakala dia di Selangor dan faktor kewangan yang tidak mencukupi iaitu sekiranya dia balik, dia perlu mengeluarkan kos sebanyak RM150 (minyak dan Tol).
Sekiranya cuti panjang saya akan ke Selangor dan kami akan check in di sana kerana suami menyewa bersama rakan – rakannya. Disebabkan
saya telah kerja Kerajaan, gaji saya lebih banyak berbanding suami dan untuk membantu suami tiada masalah memandangkan kami masih belum dikurniakan anak, jadi komitmen tak banyak.
Setiap bulan juga, cash flow suami akan menjadi negative. Bila ditanya mana pergi duit – duit gaji dia? Dia senaraikan komitmennya dan ada terselit ayat “Sebab bagi Nafkah dekat you sebab tu habis”. Sedih saya dengar lagipun nafkah yang diberi tidak banyak pun.
Sebenarnya duit nafkah yang diberi saya tidak pernah guna (melainkan kec3masan) kerana setiap akhir bulan dia akan pinjam saya duit, dah saya akan gunakan duit tersebut.
Disebabkan hujung minggu saya jarang bersama suami kerana suami jarang balik, saya pun membuat kerja tambahan iaitu menjadi guru Tuisyen.
Jadi setiap minggu ada la busy sikit, takde la bosan sangat. Bulan September lepas, saya berniat untuk sambung Master di sebuah universiti kerajaan. Saya saje test dia bagi yuran master nak tengok apa reaksi dia. Tahu tak dia cakap apa? “You bayar la sendiri, I tak suruh pun u sambung master”.
Dia pun pernah bercakap, “Ni gaji lagi besar dari suami, nanti boleh derh4ka dengan suami”. Hati saya terus berkecai dan terus bayar guna duit saya sendiri ya. Disebabkan jauh, tugas suami hanya bagi nafkah kepada saya sahaja dan semua saya uruskan sendiri hidup saya.
Alhamdulillah, pada tahun 2024, suami bakal berpindah ke Johor dekat dengan saya kerana dapat tawaran kerja di Johor. Kami tiada rumah jadi dia bakal menetap di rumah keluarga bersama saya. Sepanjang dia di Selangor, saya ada mengingatkan tentang dokumen yang diperIukan untuk tempat kerja baru.
Oh ye, lupa nak bagitahu yang semua sijil suami dah hilang tak tahu dia letak mana, jadi saya yang mohonkan online sijil SPM, STPM dan saya pergi ke sekolah lama dia untuk ambil sijil berhenti baru. Ada lagi dokumen yang telah saya ingatkan tetapi dia tengking dia sewaktu video call, tapi saya sabar.
Sebab suami ada sifat panas baran sikit, macam pernah marah akan pecahkan cermin kereta, baling telefon, jatuhkan laptop. Sampai telefon pun dah banyak kali tukar tapi takde la sampai pukuI. Saya boleh tahan lagi. Suatu hari, saya ingatkan lagi dokumen dia kerana saya kenal dia seorang yang selalu buat kerja last minit dan akan kelam kabut bila nak cari barang.
Bila saya ingatkan tu, dia cakap, “I MENYESAL KAHWIN DENGAN U! I TAK NAK CHAT YOU LAGI” di Whatsapp. Gugur air mata saya, 2 minggu kami tak chat langsung dan saya muhasabah diri saya. Saya salahkan diri saya sebab kalau saya tak kahwin dengan dia, benda kesedihan ini tak akan berlaku.
Sepanjang kami tidak berhubung langsung, sem4kin lama saya sem4kin biasa tanpa dia memandangkan saya sibuk dengan kerja, kelas tambahan master dan kerja part time. Suatu hari, saya memulakan chat dengan dia iaitu saya bagitahu sekiranya memang menyesal kawin dengan saya, pulangkan saya kepada ibu ayah saya.
Dia tidak mahu, dia berkata “Duit dah banyak habis sebab kawin”. Sejujurnya, saya dah tawar hati, saya dah tiada rasa rindu dan sayang kepada dia. Saya tak kisah pun kalau diceraikan sebab kebanyakan saya yang tanggung diri sendiri berbanding suami.
Minta apa pun tak pernah berjaya ditunaikan, jadi semua saya beli sendiri. Jadi saya nak minta kepada rakan-rakan di sini, apa patut saya buat? Minta berpisah dia tak nak, bertahan pun m4kin makan hati. hmm
Komen W4rganet :
Uwan Alang : Wsalam. Dik penah dengar FASAKH ? Pergi pejabat agama yang terdekat mohon nasihat pandangan dari yang bertauliah. Dari cerita ni nampaknya dik sayang lah diri serdiri dulu. Laki tu dah tak kisah dan tak heran pun. Jauh lagi nak berkasih sayang.
Orang dah tak nak buat pe tunggu lagi. Perkahwinan hanya di atas kertas hanya meny4kitkan sahaja. Tanggungjawab dan nafkah ke laut dalam walhal belom ada anak lagi tu.
Esok esok kalau dah beranak pinak ntah macam mana layanan pada awak dan anak? Kahwin ni nk bahagia happy chill chill tapi kalau tiap hari merjeruk rasa gini hurmmm..
Hafeez Kay : Tawar hati. Tak dapat perhatian suami. Tanggung suami di hujung bulan. Kalau dah tak harapkan apa – apa dalam perkahwinan, mohon la berpisah. Dapat consultation dulu bagi jelas, baru bertindak.