Salam sejahtera buat semua pembaca. Aku harap admin post lah cerita aku ni. Aku sekarang diuji dengan anak2 yang tak sihat hampir setiap minggu.
Aku fikir ini salah satu ujian Allah untuk aku, tapi kekadang aku tak kuat. Tak kuat macam mak aku.
Ya Mak aku! Wanita terhebat yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. Dan tak keterlaluan untuk aku katakan dia WANITA BESI!
Kisah ni dikongsikan oleh mak aku sendiri, sebab aku satu-satunya anak tunggal dan perempuan.
Aku memang dari kecil, segala masalah akan dikongsikan dengan mak aku.
Bila aku dah dewasa, cukup matang untuk hadam segala cerita, mak aku bongkarkan kisah hidup dia utk pengajaran dan pedoman utk aku.
Itupun setelah aku ditigakan oleh bekas suami aku. Kisah ni agak panjang. Tapi InshaAllah boleh dijadikan pengajaran.
Mak aku ada 6 orang adik beradik, 3 lelaki 3 perempuan. Mak aku anak keempat. Kehidupan dr kecil tak begitu menyenangkan sebab seawal 7 tahun mak aku dah bekerja untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Hanya mak aku seorang yang tak dibenarkan bersekolah sedangkan dia bercita-cita tinggi. Mak aku menangis, minta disekolahkan tapi dimarah oleh tokwan aku(bapak mak aku) sebab katanya mak aku perlu jaga adik-adik.
Bila adik2 buat salah, mak aku mesti makan penampar, menyebabkan telinga kirinya kini, ada masalah pendengaran. Dari kecil sudah diberi kepada saudara2 tokwan untuk menjadi orang gaji dalam rumah dan hampir dirogol oleh sepupunya sendiri. Alhamdulillah sempat diselamatkan.
Mak aku kena kahwin muda,umur 15 tahun sudah dipinang. Berkahwinlah mak dan bapak aku, dikurniakan 3 orang anak. Kalini mak aku diuji dengan kematian anak sulung dia yg berusia Setahun lebih. Redha, tapi masih sakit.
Mak aku mengandung pula abang aku yg kedua. Ketika itu rupanya, bapak aku bermain cinta dengan adik mak aku sendiri. Kantoi dalam keadaan yang mengaibkan.
Tak tahu bila kisah cinta mereka ni bermula, sebab mak aku terlalu bersangka baik dengan suami dan adik sendiri( makcik dengan bapak aku pernah pakai baju couple, tapi mak aku masih bersangkabaik).
Bila mak aku mengadu dekat tok aku(mak kepada mak aku), dia cakap benda ni jadi sebab salah bapak aku yg goda anak dia, dan salah mak aku yg tak pandai jaga laki. Tapi mak tak salahkan tok, sebab mak memang bukan anak kesayangan. Kuatkan mak aku?
Lepas kantoi, makcik aku dikahwinkan pula dengan anak teruna tua. Maka meroyanlah bapak aku melihat kekasih hati dipelaminan. Mak aku diabaikan kira2 setahun. Tapi mak aku masih bersabar.
Takda arah nak pergi, takda tempat untuk mengadu, hanya pada Allah diserahkan segalanya. Kuatkan mak aku? Akhirnya bapak aku sedar kesalahan dia dan minta ampun dengan mak aku.
Kejadian kantoi itu dibiarkan menjadi sejarah hitam dan mak aku buat macam takda apa-apa yg berlaku. Baik seperti biasa dengan adik dia tu. Takda dendam. Kuatkan mak aku?
Beberapa belas tahun berlalu, lahirlah aku anak yg tak dirancang, hehe. Lepas 9 tahun aku lahir, abang aku yg kedua pula meninggal asbab kemalangan. Anak harapan mak aku.
Mak hampir separuh gila hilang anak dia, redha tapi sakit yg amat. Allah uji anak aku sakit, pun aku dah give up, tapi mak aku hilang dua orang anak.
Kuatkan mak aku? Allah uji tanda Allah sayang dan kasih, kata mak aku.
Selepas beberapa tahun, aku pun dah besar.
Fitnah berleluasa dalam kalangan family kami yg merujuk kepada family aku. Tak perlu aku ceritakan apa fitnah itu, tapi menyebabkan adik beradik anak saudara mak aku pulaukan kami.
Bila diselidik, rupanya dalang tu adik mak aku sendiri. Mak aku terduduk, entah dimana silapnya mak aku sampai dia sanggup tikam kami sekeluarga.
Sebab didepan baik seperti malaikat, dibelakang apa yg dia tak cakap. Mak aku sedih, ada duri dalam daging. Tapi segalanya terbongkar, itu fitnah semata.
Dan adik beradik sanak saudara datang minta maaf sebab dengar fitnah yang tak sepatutnya, tapi ada juga yg tarik diri, mungkin sebab malu. Malu sebab keluarkan kata2 keji kat mak aku
. Mak aku maafkan adik dia, tapi nak berbaik seperti dulu, mak aku dah tak mahu. Kuatkan mak aku? Sebelum ni, aku tertanya tanya apa salah family aku dekat makcik aku ni.
Rupanya mungkin sebab cinta dengan abang ipar tak kesampaian. Mungkin. Mak aku kata dia dah tua, sekarang ni dia nak hidup tenang-tenang sahaja. Cukuplah segala kesusahan waktu muda dia.
Dia juga pesan, kita kena sentiasa memaafkan untuk tenang, tapi jangan melupakan supaya kita tidak jadi mangsa lagi sekali.
Para pembaca tolong doakan kesejahteraan bidadari aku ya. Aku nak dia bahagia sahaja sekarang ni, taknak lagi dia derita . Semoga ujian2 dari Allah ni menjadi asbab dia ke Syurga. Aaminn Ya Rabbal Alaminnn. Terima kasih sebab sudi membaca.
– Teratai (Bukan nama sebenar)