Bekas wartawan TV3 cerita pengalaman jadi setiausaha politik Anthony Loke

Bekas wartawan TV3 cerita pengalaman jadi setiausaha politik Anthony Loke

Keyakinannya kepada saya amat saya sanjungi. Sudut mana dia melihat saya, itu langsung tidak dapat saya membacanya saat saya ditawarkan jawatan Setiausaha Politik.

Seorang yang mudah berbicara walau seakan serius wajah dan muka. Itulah boss saya, YB Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban dan Adun Chenah yang juga Menteri Pengangkutan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Saya akui makin serasi dan akan terus berganding bahu, membantu Yb Anthony Loke.

Siapa saja boleh berkata apa saja namun kami akan melakukan apa saja kebaikan untuk sesiapa saja rakyat Malaysia. Khidmat ini untuk semua.

Tarikh 1 Julai cukup setahun saya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook dengan diperkenankan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya amat BERTERIMA KASIH kepada YB Loke atas pelantikan ini dan bakti akan dicurahkan secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. Ia sebuah janji yang akan ditepati.

YB Loke antara yang terbaik yang pernah saya temui dan kami akan bergandingan demi khidmat kepada rakyat Malaysia.

Cabaran dan gelora perkara biasa untuk mematangkan kita. Perjuangan tak akan terhenti di pertengahan jalan. Ia perkara biasa. Alah bisa tegal biasa.

Mana ada bumi yang tidak ditimpa hujan. Kita sedia basah waktu hujan dan kering saat kemarau melanda.

Insyallah, akan ku daki ku daki jua.
Terima kasih YB.

Sumber:

COMMENTS