SERAM | Youtuber popular ‘unboxing’ kotak sihir Yahudi, akhirnya diganggu jin kafir selama setahun

SERAM | Youtuber popular ‘unboxing’ kotak sihir Yahudi, akhirnya diganggu jin kafir selama setahun

Mesti ramai tertanya2 sebab mende ni lalu lalang kat wall. Actually aku pun baru tahu pasal dia ni. Since dia seorang youtuber, so aku search terus channel dia.

Wow popular rupanya.

So kisahnya bermula dengan content dia paling misteri setahun yang lalu. Walau dia terkenal dengan content yang pelik2, tapi content yang satu ni memang ekstrem. Berdiri terus bulu roma aku.

Aku pendekkan cerita la eh (vid dia berjam2 nak khatam). Dia dah beli satu kotak sihir dari laman Ebay untuk content dia. Kotak sihir ni katanya ada benda2 sihir pemujaan kaum Yahudi. Kau takkan tahu apa dalam kotak tu sampai kau buka ia. Ada macam2 jenis, bentuk dan rupa. Dan kotak tu dijual dgn harga serendah Rm60 – Rm600. Katanya lagi mahal lagi kuat sihirnya (dark magic). Dia berharap tak berlaku apa2 walhal dia dah tonton kesemua vid YouTuber lain tentang Dybbuk Box ni. Semua yang pernah bukak kotak tu kena rasuk gais dan hidup tak pernah tenteram sejak itu.

Mungkinlah waktu tu dia rasa, dengan keyakinan dia yang tinggi dan dengan berbekalkan rasa berani, dia akan berjaya menakutkan balik apa pun mende dalam box tu (content dia mmg best2). So, finally, dia bukak

Bila kotak tu sampai, dia pun bukak. Korang kalau tak berani tengok, aku sarankan tak payah teruslah. Takde la hantu nak keluar kat skrin, tapi ada mende pelik terus jadi masa dia belek barang2 kotak sihir tu,sampai dia sendiri pun takut.

Sejak kejadian tu, hidupnya diselubungi kemurungan dan misteri yang tak berkesudahan. ‘Mende’ dalam kotak tu datang bertamu dan berteman dgn dia. Vid terakhir dia yg paling seram gais.

Mesti korang pelik kenapa takut2 tapi banyak lak vid. Aku rasa sebab dia ni super loner. Dia suka sorang2. Dan life dia adalah content youtube menghiburkan korang. Camtu la kot.

Jin ni hari2 kacau dia. Ala2 filem Conjuring camtu. Macam ada exorcism la kat rumah dia. Tapak kaki berlari2 kat rumah, suara garau, buat bising, alih2 barang semualah. Vid seekers hantu lain pun tk seseram ni. Kan kita selalu tgk youtube org cari hantu kan? Takde mende semua tu gais. Yg ni mmg real content, real event.

Tak percaya tu ikut korang la. Tapi bagi aku, aku beriman pada Allah dan perkara ghaib yang Allah jadikan. Jadi malam ni, Ustaz Pusat Rawatan Al-Idrus dah cuba rawat dia. Kesian sangat tengok keadaan dia sekarang. Macam semangat dia disedut oleh Jin tu. (Seriously gais, dia jadi kurus kering sangat2)
Link youtube Princemeed aku sediakan. Kena tengok semua baru boleh faham ya. Spend time tgk baru korang blh hadam kenapa dia dirawat. Kira dia ni berani jugak lah setahun duduk dengan Jin kafir (hati kering) sebelum dia mendapatkan rawatan.

Dan aku sertakan link rawatan yang dia jalani malam semalam. Ada org siap kecam2 dia kenapa tiba2 dia jadi kaku. Korang kalau kena terkencing terus agaknya, tentulah dia tergamam, baru dia tahu dia ada mewarisi saka dan dengar sendiri Jin Kafir tu berinteraksi dengan perawat Islam tu. Kalau korang berani, korang cakaplah. Jangan cakap besar sangat.

Jadikan ini satu pengajaran. Makhluk alam ghaib jangan diundang. Sebab bila dia nak berdamping, dia akan makan tuannya nanti. Kesian Meed, semoga dia akan sembuh sepenuhnya lepas ni. Kita ni beruntung sebab beriman kepada Allah, Tuhan yg Maha Berkuasa. Allah jaga kita.

Selamat menonton gais.

-Rawatan Islam Al-Idrus tu jangan tonton kalau lemah semangat. Better pakai earphone sebab banyak ayat penghalau Jin yg dibaca.

Video Meed

MEED BELI DAN BUKA KOTAK BERHANTU (DYBBUK BOX)

JIN DALAM RUMAH MEED

MEED PANGGIL USTAZ DTG LIHAT RMHNYA

USTAZ MENANGIS LIHAT SESUATU

BUNYI BISING DI RUMAH MEED (edisi tegak bulu roma)

Video Live dari Ustaz PUSAT RAWATAN AL-IDRUS

Note: Ada org kata pusat rawatan ni pun tak ikut jalan yg betul. Wallahualam. Entahlah. Aku share je utk tontonan. Yg baik dtgnya dari Allah, yg khilaf adalah kita.

PART 1 INTRO – OTW KE RUMAH “PRINCE MEED”

Part 2 Dalam Rumah “PRINCE MEED” (Ini paling seram, amaran jangan tonton jika lemah semangat)

Part 3 – Syukur Ya Allah

Sumber :