Sera akhirnya akui rasa sayang pada Shuk masih ada, bakal bersama semula? “Rasa sayang masih ada, tapi sebagai kawan.”
Demikian kata isteri Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera ketika ditanya mengenai adakah dia masih sayang dan cintakan pelawak itu selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak tahun lalu.
Rossalennah Natassyiah Asshafera atau mesra disapa Sera berkata, dia juga tidak boleh menjanjikan peluang kedua buat Shuk Sahar.
“Peluang kedua? Saya tak tahu nak cakap perkara ni sebab ke depan macam mana. Tapi saya dengan dia okay sebagai kawan. Dalam masa sekarang ini tak boleh jamin. Untuk satu tahun ni, tak. Macam tu lah.
“Kalau ditanya ada rasa sayang tak, mestilah saya sayang dan cintakan dia, tapi tulah kawan sahaja macam tu. Saya tidak ada rasa lain,” katanya.
Sera ibu kenapa dua anak berkata, dia sudah memendam rasa terhadap sikap Shuk selama hampir lima tahun.
Terdahulu, Sera ditemui pada sesi Meet & Greet yang mana dia dilantik menjadi Face of Inayah Beauty.
Ditanya mengenai hubungan dua anaknya Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2, dengan Shuk, Sera berkata dia tidak pernah menyekat sebaliknya memberikan kebebasan.
“Anak-anak memang dengan saya. Cuma masa Hari Raya Aidilfitri tempoh hari Shuk ada pergi jumpa anak di Sabah. Hubungan anak-anak dengan Shuk saya beri kebebasan, tidak ada had.
“Memandangkan Shuk sudah menetap di Pulau Pinang, jadi setiap kali ada kerja di Kuala Lumpur dia boleh saja melawat dan berjumpa anak-anak. Pendek kata hubungan anak-anak dengan Shuk tidak ada masalah,” katanya.
Diminta menjelaskan status perkahwinan mereka, Sera enggan mengulas lanjut.
“Maaf, saya tak boleh jawab yang ini. Saya minta maaf,” katanya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua anak.
BACA:
Waspada semua rakyat Malaysia, WHO keluar amaran tahap tertinggi!
Wanita sempat lahirkan anak ketika nazak dilanggar lori, netizen gelar ‘bayi ajaib’
Letak palang pada salinan IC: ‘Baru tahu, selama ni kita salah potong’