Sepatutnya kakak yang kahwin, tiba-tiba adik yang kena ganti tempat kakak rupanya ini yang terjadiDemi menjaga aib kedua-dua pihak, majlis itu perlu diteruskan seperti mana yang dirancang walaupun lelaki berkenaan ‘terpaksa’ berkahwin dengan adik ipar sendiri.
Lapor Daily Mail, pada asalnya pengantin perempuan yang dikenali sebagai Surbhi akan disatukan bersama pilihan hatinya iaitu Manjesh Kumar.
Bagaimanapun, atas persuratan takdir gadis ini secara tiba-tiba rebah ketika majlis sedang berlangsung dan dipercayai terkena serangan jantung.
Keadaan di situ menjadi panik dan keluarga kepada pengantin telah menghubungi doktor bagi mendapatkan rawatan susulan kepada Surbhi. Namun, pengantin wanita ini tidak dapat diselamatkan oleh doktor dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ujar keluarga Surbhi, mahu tidak mahu majlis tersebut tetap perlu diteruskan seperti biasa walaupun pengantinnya sudah meninggal dunia. Difahamkan, keadaan ketika itu semakin keruh dan timbul konflik di antara dua-dua pihak.
Pihak pengantin perempuan masih mengharapkan mahar (hantaran), manakala pihak pengantin lelaki tidak mahu menanggung malu berikutan pulang tanpa ‘kehadiran’ isteri di sisi.
Tukar perancangan
Susulan daripada itu, kedua-dua pihak membuat pebincangan dan telah mengambil keputusan sepakat untuk mengambil adik Surbhi iaitu Nisha bagi menggantikan kakaknya sebagai pengantin. Apa yang lebih mengejutkan, apabila mayat gadis itu terpaksa disimpan di sebuah bilik kosong terlebih dahulu bagi memberikan keutamaan untuk meneruskan majlis perkahwinan itu.
Ujar bapa saudara Surbhi, Ajab Singh, mereka masih bersedih dengan apa yang telah terjadi.
Seorang anak perempuan terbaring menjadi mayat di satu bilik, seorang anak perempuan lagi berkahwin dalam satu bilik yang lain. Kami tidak pernah merasai emosi bercampur seperti ini, kesedihan atas kematiannya dan bahagia atas perkahwinannya
Difahamkan, jenazah bakal pengantin perempuan yang tragis itu disimpan di dalam peti sejuk jenazah di hospital sehingga majlis perkahwinan selesai.