Dalam temu bual dengan stesen penyiaran NBC, Nova dan Reemo Style menjelaskan bahawa kos mengadakan majlis perkahwinan adalah tinggi.
Sepasang pengantin baharu di Amerika Syarikat telah menjadi perhatian ramai selepas mengenakan bayaran sebanyak AS$333 (RM1,481)
kepada setiap tetamu untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka, sebagai langkah berjimat, lapor laman berita Independent UK semalam.
Pasangan tersebut berpendapat bahawa orang ramai sanggup berbelanja besar untuk menonton konsert bintang pop kegemaran mereka,
jadi mereka tidak melihat masalah jika mengenakan bayaran untuk majlis perkahwinan mereka sendiri.
“Orang ramai memilih untuk menghadiri konsert Beyonce kerana mereka ingin merasai pengalaman tersebut.
Jadi, mari kita terapkan konsep yang sama dengan mengenakan bayaran untuk majlis perkahwinan ini,” kata Nova.
Dikhabarkan bahawa bayaran AS$333 tersebut adalah untuk menampung kos tempat duduk di bas dua tingkat dan lawatan selama 12 jam di sekitar Bandar Raya New York.
BACA: Warga emas teruja jumpa duit dalam rumah, terpaksa panggil 8 orang jiran tolong kira