Saya, Salwa, berusia awal 40-an, mempunyai tiga orang anak remaja berusia 13 hingga 17 tahun, seorang lelaki dan dua perempuan
. Saya pernah bekerja dan berhenti setelah mendapat anak kedua kerana mahu memberi tumpuan penuh kepada anak – anak dan rumah tangga.
Alhamdulillah, suami juga berjaya dalam pekerjaannya dan memegang jawatan tinggi di sebuah syarik4t korporat.
Disebabkan tugasan di rumah yang memerIukan saya lebih banyak bersama anak – anak
Terutama untuk memantau pelajaran dan aktiviti mereka, saya jarang mengikut suami ke majlis – majlis rasmi.
Suami juga tidak menggalakkan saya ikut bersama memandangkan anak – anak akan ditinggalkan
tanpa sesiapa di rumah dan bimbang keselamatan mereka terutama majlis pada malam hari. Sepanjang tempoh itu, saya tidak nampak perubahan pada suami.
Layanan dan perbelanjaan tidak pernah luak. Malah sem4kin hari sem4kin sayang kepada kami anak beranak. Kami kerap dibawa bercuti ke luar negara dan membeli – beIah.
Pada mulanya, saya tidak syak apa – apa sehingga satu hari saya terjumpa resit hotel dan tiket kapal terbang di dalam kereta suami.
Saya terk3jut bila melihat resit itu dikeluarkan di Pulau Pinang. Memang saya tahu suami ada ke Pulau Pinang untuk menghadiri konvesyen tetapi katanya atas tugasan bukan untuk bercuti. Itupun dengan rakan – rakan pejabat. Dengan terjumpanya resit dan keratan tiket penerbangan itu, saya mula berhati – hati.
Satu hari, dia memberitahu saya hendak ke Melaka untuk mesyuarat dengan klien dari Jepun yang mendapat satu projek di sana. Katanya kalau sempat dia balik, jika tidak dia akan bermalam di sana. Saya tidak bertanya lebih kerana tidak mahu dia syak apa – apa.
Saya siapkan pakaiannya untuk sehari kalau dia hendak bermalam di sana. Sebelum dia pergi, saya telefon pejabatnya bertanya betul ke dia hendak ke Melaka untuk mesyuarat. Terk3jut saya apabila setiausahanya bagi tahu yang suami saya ke Melaka bukan untuk bermesyuarat tetapi bercuti tetapi tidak pasti pula dengan siapa dia pergi bercuti.
Jawapan setiausahanya menjadikan saya syak ada sesuatu yang tidak kena. Dalam hati saya macam – macam terlintas. Suami ada perempuan lain dan dia mula curang dengan saya. Tapi saya tidak tanya apa – apa. Hajat saya untuk mengekori dia mendapat sokongan sepupu saya, Siti yang rapat sejak kecil.
Kalau ada apa – apa masalah, Siti menjadi tempat saya mencurah rasa. Begitu juga dalam masalah rumah tangga saya. Kepada Siti, saya ceritakan apa yang sedang bergelora di dalam hati saya.
Jadi, dia sudi membantu. Pada hari suami saya bertolak ke Melaka, saya dan Siti mengekorinya di belakang menggunakan kereta Siti.
Kami mengikut kereta suami ke sebuah taman di pinggir Kuala Lumpur. Seorang wanita muda menaiki keretanya. Mereka nampak gembira. Bahagia sangat. Hati saya mula panas. Siti minta saya bersabar. Katanya kalau saya tidak sabar, macam mana hendak selesaikan masalah.
Saya akur walaupun tahap sabar saya sudah sampai ke kepala. Kami terus mengikutnya sehingga ke Melaka. Mereka singgah di sebuah hotel lima bintang.
Dalam setengah jam kemudian, mereka keluar, mungkin pergi makan atau bersiar.
Saya segera masuk ke hotel dan pergi ke kaunter. Cuba bertanya tentang perempuan yang baru masuk tadi dengan memberi alasan saya saud4ra mereka dan baru sampai untuk menyertai mereka tinggal di hotel itu.
Macam – macam doa saya baca untuk menyakinkan petugas di situ tentang hajat mereka.
Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. Akhirnya, saya dapat tahu nama perempuan itu. Syukur juga mereka mengambil dua bilik. Tapi saya tetap tidak percaya. Sepanjang malam itu, saya tidak dapat tidur hingga ke pagi memikirkan apa yang suami buat dengan perempuan itu.
Walaupun mereka tempah dua bilik, tapi saya tetap tidak percaya. Saya asyik terfikir yang bukan – bukan. Esoknya suami balik ke rumah dalam keadaan gembira, lagi mendidih d4rah saya tapi saya ingat pesanan Siti yang minta saya jangan bertindak terburu – buru. Fikir dahulu dan tanya elok – elok kepada suami. Saya ikut nasihat Siti.
Saya sambut suami dengan senyum, buat air, masak makan malam dan melayannya macam tidak ada apa – apa yang berlaku. Selesai makan malam, saya suruh anak – anak masuk ke bilik mereka. Saya dan suami duduk di ruang tamu.
Saya mulakan soalan dengan bertanya bagaimana mesyuaratnya di Melaka. Dia jawab okey. Saya tanya lagi pergi dengan siapa, jawabnya kawan. Saya tanya lelaki ke perempuan, dia terus menoleh ke arah saya. Lama dia merenung wajah saya.
Tak percaya abang? Tanya dia. Saya angguk. Lama dia merenung wajah saya. Terus saya tanya tentang resit hotel dan keratan tiket kapal terbang yang saya jumpa. Kemudian mengenai tripnya ke Melaka bersama perempuan yang saya nampak hari itu.
Saya beritahu dia, saya ikut dia ke Melaka, tahu di mana hotel dia menginap. Memang terk3jut beruk dia dengan apa yang saya jelaskan. Wajahnya berubah dan dia nampak macam risau. Tapi saya rileks sahaja. Saya minta dia berterus terang, kalau betul dia buat.
Saya ingin tahu, adakah tiket kapal terbang dan resit hotel yang saya jumpa itu untuk orang yang sama? Akhirnya dia mengaku memang orang yang sama dia bawa. Memang dia pergi bukan untuk bekerja tetapi untuk mengenali hati budi seseorang.
Dia juga mengaku ada perempuan lain, selain saya. Mereka baru berkenalan dan belum ada niat untuk jatuh cinta atau menjadikan perempuan itu sebagai isteri. Dia juga mengaku melakukan kesilapan besar dalam hidupnya kerana melayan perempuan itu.
Dia minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya. Lagipun dia kata perempuan itu bukan cintakan dia tetapi hanya inginkan duitnya sahaja.
Dia sudah menjangka perkara itu akan berlaku. Pada mulanya, saya agak keberatan untuk menerima maaf dia tetapi saya ingat pesanan Siti, kalau dia minta maaf dan mengaku kesilapannya, elok bagi peluang kedua. Semua orang layak diberi peluang kedua.
Tapi saya ambil keputusan meminta dia membuat aku janji dengan saya yang perkara ini tidak akan berulang lagi. Jika tidak, saya akan minta cerai. Itu kata putus saya. Dia setuju dan berkali – kali berkata tidak akan mengulangi lagi perbuatannya itu.
Saya maafkan dia kerana saya yakin dia akan berpegang kepada janjinya itu. Akhirnya saya terima dia semula. Sejak itu, dia benar – benar berubah, jadi suami penyayang dan prihatin. Dan saya mendapat semula kebahagiaan saya yang dirent4p seketika.
Sejak itu juga, saya dibawa oleh suami ke mana sahaja jika dia menghadiri majlis rasmi baik di dalam negara atau di luar negara. Satu kemenangan buat saya. Saya sangat bersyukur. Yang penting saya akan ikut, jika tidak orang lain yang akan ikut dan temankan suami kita.
Semoga cerita saya ini dijadikan teladan dan panduan oleh pasangan suami isteri lain. Kepada para isteri semua, jangan menolak jika suami ajak ke majlis – majlis, jangan tak ikut, nanti hak kita diambil orang.
Sekarang ini, ramai wanita terlebih berani. Suami orang paling mereka suka terutama yang ada rupa, harta dan pangkat. Mudah – mudahan Allah pelihara rumah tangga kami dan bahagiakan kami sekeluarga untuk selamanya
BACA: Patutlah tergesa-gesa minta sijil kematian isteri, rupanya tak sabar tuntut pampasan insuran