“Senang betul suami tuduh aku tak bertanggunjawab sebab kerja tapi dia lupa bil api pun mak aku bayar”

Oleh SURIANI HAMDAN

Masih ada lelaki yang menyalahkan isterinya kerana bekerja sedangkan segala keperluan dibayar separuh oleh pasangan.

Bukannya mahu memperbaiki diri tapi lebih senang menyalahkan orang lain sehingga menggelar mereka tidak bertanggungjawab.

Seorang pengguna X @pelisahh berkongsi kisah pengikutnya yang sudah tidak tahan dengan sikap suami.

Saya berumur 29 tahun dan mempunyai dua anak berusia tiga tahun dan dua tahun serta bekerja dengan gaji antara RM7k ke RM8k.

Suami juga bekerja dengan gaji RM4k dan dia minta saya bantu daripada segi belanja anak dan lain-lain.

"Senang betul suami tuduh aku tak bertanggunjawab sebab kerja tapi dia lupa bil api pun mak aku bayar"

Kami duduk sekali dengan keluarga saya, bil api (elektrik) mak saya yang bayar manakal bil air pula saya yang bayarkan.

Dia tak ada bayar apa-apa, kereta pun bahagi dua bayaran, duit belanja rumah, nafkah semua tidak diberi.

Baru-baru ni suami kantoi tengok video tak senonoh, ni saya dah pendam lama lepas kantoi dia tengok benda tu tahun lepas.

Bila saya persoal dia kata sebab benda tu (video tak senonoh) tu menarik. Bila saya tanya dia anggap saya isteri atau tidak, dia geleng.

Sekarang saya dah hantar aduan dekat Pejabat Agama Islam Daerah, saya nak cerai. Suami juga tuduh saya ibu yang tak bertanggungjawab sebab kerja.

Saya bekerja sebagai auditor, dalam sebulan mesti ada sesekali kerja luar negeri dalam dua ke tiga hari.

Sedangkan sebelum ini dia juga yang minta saya bantu, jadi saya persoal sama ada dia mampu sediakan semua nafkah ke.

Suami cakap saya sindir dia. Suami ingat seronok ke bekerja ni sedangkan saya sendiri pernah cakap teringin nak jadi suri rumah dan lihat anak besar depan mata.

Baca juga: Ibu bapa tak mengaku anak penghuni rumah amal GISBH, ini apa yang KPM akan buat