‘Semua tak guna’, pemandu grab kongsi kekecewaan bapa terhadap anak sambil menangis

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pilu dan kecewa hati seorang bapa apabila anak yang dijaga dan disayang sejak lahir membalas kekecewaan pada diri.

Menerusi rakaman video di akaun TikTok, seorang pemandu teksi berkongsi kisah mengenai pelanggannya yang dikatakan kecewa dengan perilaku anak-anaknya.

Menurut pemandu itu, dia dalam perjalanan dari Damansara ke Bangsar untuk menghantar pelanggannya yang lebih mudah diceritakan sebagai Mr. S.

'Semua tak guna', pemandu grab kongsi kekecewaan bapa terhadap anak sambil menangis

Sewaktu dalam perjalanan ke destinasi berkenaan, pemandu tersebut bertegur sapa dan berborak dengan pak cik itu bagi menghilangkan bosan kerana kesesakan jalan.

Menurut Mr. S, dia memiliki 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan yang masing-masing sudah dewasa.

Dia memulakan cerita dengan anak sulungnya perempuan. Pak cik itu mendedahkan ketika anaknya berumur 21 tahun, dia membuat laporan kepada pihak polis dengan alasan mahu hidup bebas daripada keluarga.

Pak cik itu berasa terkilan dengan perbuatan anaknya kerana dia merupakan seorang bapa yang sangat menjaga dan melindungi keselamatan anak-anaknya.

Setelah anaknya berkahwin, pak cik itu melarang anak sulungnya pulang ke rumah selama 5 tahun disebabkan rasa kecewanya yang dulu belum pernah terpadam sehingga kini.

Bawa pulang teman wanita tinggal di rumah keluarga hampir 1 tahun

Kemudian, anak kedua pak cik tersebut merupakan seorang lelaki yang bekerja di Seremban.

Pada suatu hari, si anak ini membawa pulang teman wanitanya untuk tinggal bersama-sama di rumah keluarganya.

Namun, cadangan tersebut ditegah oleh Mr. S kerana baginya, perlu ada ikatan perkahwinan dahulu jika mahu tinggal di rumahnya.

Tidak lama kemudian, anak lelakinya berkahwin dengan teman wanita tetapi masih lagi tinggal di rumah mereka.

Pelbagai cara dan nasihat sudah diberikan namun anaknya memberi alasan untuk tidak mahu berpindah selepas berkahwin.

Merancang untuk berkahwin tanpa pengetahuan si bapa

@braderteksi #braderteksi ♬ Piano melody of the night when the stars shine(1173618) – naopapa

@braderteksi #braderteksi ♬ Piano melody of the night when the stars shine(1173618) – naopapa

Anak ketiga pak cik itu merupakan seorang perempuan namun mengalami masalah kesihatan (sawan).

Apabila anaknya sudah meningkat dewasa, dia membenarkan anaknya untuk keluar mencari pekerjaan di samping memiliki rakan-rakan lain. Setelah kian lama bekerja, ada seorang pemuda yang tertarik hati dengan wanita itu dan memilih untuk berkahwin.

Namun, bapa itu menyuruh untuk menangguhkan dahulu perancangan kerana isterinya baru sahaja pergi buat selamanya.

Akan tetapi, anaknya masih berkeras untuk berkahwin dan tidak mendengar kata-kata bapanya sehingga mereka telah membuat perancangan perkahwinan tanpa pengetahuan si bapa.

Betapa kecewanya hati seorang bapa kerana seperti dianggap tidak penting pada anaknya.

Yang terakhir ialah anak bongsunya lelaki. Menurut pemandu teksi berkenaan, anak lelaki pak cik itu merupakan seorang yang tidak rajin bekerja.

Selain itu, dia juga selalu tidak mendengar nasihat dan kata-kata dari bapanya.

Pada waktu itu, pemandu itu mendedahkan bahawa memang kelihatan mata si bapa berkaca lalu menangis disebabkan kecewa dengan sikap keempat-empat anaknya.

Akhir video itu, pemandu teksi itu memberikan nasihat kepada semua netizen agar mengambil pengajaran daripada cerita yang dikongsikan.

BACA: “Suami buat kunci spare untuk adik ipar lelaki masuk rumah kami, satu hari masa tengah masak tiba-tiba adik ipar muncul buat aku terkejut, sampai ini yang jadi”