Semua menu Safawi jual RM2.90 sahaja, ramai pakat serbu warung tepi jalan ini

Oleh MHDAILY

Semua menu Safawi jual RM2.90 sahaja, ramai pakat serbu warung tepi jalan ini. Meskipun berdepan dengan kenaikan harga barang, seorang peniaga tetap tidak berkira apabila menawarkan 14 menu hidangan hanya pada harga RM2.90 di Warung Tepi Jalan di Padang Serai, di sini sejak dibuka pada bulan lalu.

Safawi Abdullah, 47, berkata, dia menjual semua menu pada harga sama kerana mahu melakukan amal jariah dengan memastikan semua pelanggan dapat menikmati hidangan di situ.

“Antara menu yang dijual di gerai ini adalah nasi ayam, laksa, mi kari, mi segera tomyam, mihun dan kuetiau sup, rojak, cendol, bebola daging serta keropok lekor.

Semua menu Safawi jual RM2.90 sahaja, ramai pakat serbu warung tepi jalan ini

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan ada pelanggan yang datang dari luar daerah Kulim ini,” katanya ketika ditemui di gerai tersebut yang terletak di Jalan Lagenda 11/1, di sini semalam.

Katanya, pada mulanya, dia hanya menjual lapan jenis menu sebelum ditambah enam lagi menu kerana makanan cepat habis.

“Ramai pelanggan merungut kerana makanan cepat habis, lalu, saya panggil ibu saudara isteri saya untuk turut sama berniaga di sini bagi menambah menu pada harga sama.

“Bahan dalam setiap hidangan adalah sama dengan yang dijual oleh peniaga lain. Contoh menu laksa walaupun harga RM2.90, tetap ada telur sebelah dan kuantitinya juga sama seperti yang dijual di luar sana,” ujarnya.

Katanya, gerai tersebut diuruskan isteri, Norzita abdullah, 46, bersama ibu saudaranya kerana dia masih bekerja di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech.

Sementara itu, kata Safawi, dia tidak risau dengan pendapatan diperoleh kerana hasil jualan masih mencukupi untuk modal berniaga pada hari berikutnya dengan sedikit keuntungan.

“Idea untuk menjual makanan pada harga murah ini adalah bagi meringankan beban orang ramai yang terhimpit dengan masalah kewangan selain kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19,” jelasnya.

Menurutnya, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan makanan dan harga yang ditawarkan.

“Soal keuntungan bukan keutamaan saya, sebaliknya keberkatan yang diperoleh kerana saya seronok melihat anak-anak kecil dapat mengambil makanan kegemaran mereka,” katanya.

Tambahnya, pelanggan biasanya sudah beratur di gerai seawal pukul 12.30 tengah hari dengan gerai mula dibuka pada pukul 1 tengah hari dan kebiasaannya makanan habis dijual pada pukul 4 petang,” katanya.

BACA JUGA : 

Dakwaan sengaja bakar sebab nak insurans, ini respon bos Jakel

“Maduku adalah adik aku sendiri, tak sangka suami buat kejutan macam ni”

Dua varian utama dari China dah masuk Malaysia – DG Hisyam