Sempena bulan syawal, Jasmine Suraya masuk Islam? Ini jawapan tuan badan.
Pelakon dan juga pengacara, Jasmine Suraya Chin menafikan spekulasi mengatakan dirinya menukar agama
selepas memuat naik gambar dengan memakai pakaian tradisi masyarakat India serta berkerudung.
Bukan ikuti upacara keagamaan
Susulan daripada itu, Jasmine Suraya menjelaskan bahawa apa yang dimuat naik hanyalah perkongsian sewaktu pergi melancong ke negara tersebut dan tidak mengikuti mana-mana upacara keagamaan disana.
Ujarnya, dia hanya mengikuti sesi rejuvinasi diri dan bukanlah mendalami atau mengikuti agama lain ketika berada di India.
“Saya ke India atas sebab bercuti setelah penat bekerja. Saya memang suka melancong jika ada kelapangan jadual, jadi kali ini saya memilih India”
“Percutian saya kali ini lebih kepada merehatkan minda dan menerokai budaya dan tradisi masyarakat India. Upacara yang saya hadiri itu bukanlah ritual keagamaan mana-mana agama sebaliknya hanya sekadar sesi rejuvinasi diri,” jelas Jasmine.
Bukan sekadar pengembaraan kosong
Tambah pemilik nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu, dia merasakan percutian yang sedang dinikmati ketika ini bukalah satu pengembaraan kosong kerana banyak mengajarnya erti kesederhanaan dalam hidup serta sebuah kejayaan tidak boleh diukur dengan material semata-mata.
“ Walau bagaimanapun, daripada pemerhatian saya kepada banyak ritual dan kepercayaan di India dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala saya sendiri kemiskinan yang berlaku di sana, saya percaya bahawa agama adalah landasan yang baik membentuk jati diri manusia.
Saya percaya agama berfungsi sebagai panduan untuk menjadi orang yang baik, untuk memberi kembali bukan sahaja kepada diri kita tetapi kepada semua orang dan setiap spesies di sekeliling kita. Percutian ini bukan sekadar pengembaraan kosong, sebaliknya ia telah mengajar saya kesederhanaan hidup dan kejayaan seseorang tidak boleh diukur dan dinilai dari segi material,” katanya lagi.
Terdahulu, kehadiran Jasmine di beberapa kelas agama Islam telah mendapat perhatian ramai apabila dengan rela hati hadir untuk menambah ilmu pengetahuan.
Namun, dia sama sekali tidak pernah berkongsi atau dengan terbuka menyatakan agama yang dianuti sekarang kerana merasakan ia adalah sesuatu yang privasi.
BACA: