Sembang kencang nak laksana hudud tapi tiada persiapan teknikal

Sembang kencang nak laksana hudud tapi tiada persiapan teknikal

Saya dan beberapa teman lain seperti Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle antara yang aktif bertanya, bertemu malah terbuka untuk berdebat isu pindaan RUU355 semenjak tahun 2016-2017.

Saya sudah masak dan biasa politik-agama PAS. Cuma, tatkala saya banyak berhujah dalam isu ini, bahkan berbincang bersemuka dengan mereka; dan tatkala membaca jawapan Timbalan Menteri Agama yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa seperti dibawah, saya boleh simpulkan bahawa semasa mereka menyokong dan menetapkan hukum wajib (ancaman tidak sokong boleh dikuburkan di perkuburan bukan Islam) mereka sama sekali tidak ada persiapan teknikal perundangan mahupun hujah agama untuk lulus dan laksanakan pindaan RUU 355.

Ini kerana setelah menjadi sebahagian kerajaan Persekutuan, mereka masih perlukan penelitian dan pertimbangan baru agar ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Adakah tatkala Ahli Parlimen Marang berkali-kali bangun dahulu untuk mencadang, meminda dan membacakan usul cadangan pindaan RUU 355, Ahli Parlimen Marang tidak sedar semua itu sungguhpun telah dimaklumkan oleh berbagai pihak?!

Lain benar ayatnya semasa jadi pembangkang yang mengancam ‘kafir’ pada pihak berbeza. Menjadi kerajaan lain pula, tanpa ugutan fasiq, munafiq dan ‘kafir’.

Takutlah Allah SWT! Jangan tunggang isu agama seperti ini untuk sekadar meneruskan relevensi kewujudan anda dalam parti politik.

Abu Hafiz Salleh Hudin
Kuala Lumpur

P/s: saya rasa tiada peraturan khas dalam meletakkam penama yang menjawab dalam Dewan Rakyat. Tetapi, menjadi kebiasaan penama yang diletakkan untuk menjawab adalah Menteri sebagai ahli pentadbiran penuh atau Menteri penuh. Bukan Timbalan Menteri. Ia mungkin tidak salah, tapi lain rasanya dari kebiasaan penyediaan salinan bertulis Pertanyaan Lisan/Bukan Lisan.

Sumber :

COMMENTS