Sekumpulan individu warga asing semakin berani melakukan penukaran meter air di sebuah kawasan di Selangor.
Dalam sebuah video yang berdurasi 1 minit 29 saat, seorang daripada mereka terlihat menggunakan alat yang dikenali sebagai ‘playar’ untuk melakukan penukaran tersebut.
Tidak selesa dengan tindakan warga asing tersebut, penduduk menggesa pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Imigresen untuk mengambil tindakan tegas.
“Datang ke tempat orang hanya untuk mendapatkan perkara secara percuma, tetapi bertindak samseng dengan penduduk tempatan,” kata @timojili_s18101.
“Mereka semakin berani dari hari ke hari. Kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera,” komen @kamaljauha844.
Selain itu, menurut beberapa pengguna aplikasi X turut juga meminta Pengurusan Air Selangor untuk melakukan siasatan dan pemantauan berhubung perkara ini.
“@air_selangor, sila siasat,” komen @Ahazeman.
“Pengurusan Air Selangor, sila pantau dan lakukan pemeriksaan berhubung kes ini,” tambah @marliaabuc614.