Bila musim hujan ni, kemuncup tumbuh dengan jaya, kalau tak cepat potong rumput maka memang habis bahagian bawah kain atau seluar dipenuhinya.
Bukan setakat tu sahaja, anak-anak yang main dekat padang bila balik penuh seluar dengan kemuncup, memang naik angin ibu-ibu nak cabut satu-satu.
Rupanya ada cara senang dan tidak makan masa lama, tak adalah termenung memikir nasib sambil cabut satu-satu.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Nur Salina Mohtar menerusi halaman ‘Kemas Rumah With Hani’.
Tip mudah buang kemuncup di baju
Pisau
Mesti pelik kan kenapa kena guna pisau, sebab ia tajam dan cepat mengikis. Pastikan kikis dengan teliti agar tak terkoyak baju.
Kalau rasa sayang dekat kain tu, mungkin sebab mahal maka cabutlah satu-satu agar tak melayang duit.
Pita selofan (Cellotape) / pita pelekat
Ramai yang tak tahu cara ini iaitu dengan menggunakan pita pelekat lutsinar yang bersaiz besar.
Senang sahaja, tampal pada permukaan kain yang dipenuhi kemuncup tekan dan gosok ia kuat-kuat pada kain.
Kemudian tarik ia dan dengan cepatnya kemuncup tersebut terus tercabut daripada pakaian anda.
Ulang dua tiga kali hingga semua kemuncup hilang. Jimat tenaga dan masa, tak ada lagi rasa nak marah anak cuma kena simpan pita pelekat banyak-banyak di rumah.
Baca juga: Pengali kubur jumpa gambar pemimpin parti ‘PAN’ dalam kain kapan di kubur